Utusan Borneo (Sarawak)

Puting beliung membadai Ottawa

Lebih 200,000 penduduk terputus bekalan elektrik, dua cedera parah

-

OTTAWA: Lebih dari 200,000 orang di wilayah Ottawa bandar utama Kanada telah mengalami masalah ketiadaan elektrik kelmarin dan dua orang telah mengalami kecederaan kritikal selepas satu puting beliung yang sangat kuat memusnahka­n beberapa rumah dan menerbangk­an beberapa kereta di udara.

Selepas melawat kawasan yang teruk terjejas Dunrobin, di bahagian barat bandar, Datuk Bandar Ottawa Jim Watson telah menyamakan ia dengan satu pengeboman udara, sambil menambah bahawa puting beliung pada Jumaat lepas sebagai di antara “dua atau tiga kejadian utama yang menimbulka­n traumatik yang telah menjejaska­n bandar kami” dalam sejarah.

“Saya tidak pernah mengalami sesuatu seperti ini sepanjang hidup saya menetap di Ottawa.”

Gatineau, di wilayah Quebec hanya di utara Ottawa, turut dilanda dengan teruk oleh ribut yang mana anginnya telah mencecah 200 kilometer sejam.

Kira-kira 30 orang telah tercedera, dengan enam orang dimasukkan ke hospital dan dua orang dalam keadaan kritikal kelmarin, menurut pihak berkuasa hospital.

Ribut turut menumbang- kan beberapa batang tiang elektrik di seluruh wilayah, ketika Datuk Bandar Watson meramalkan ia mungkin mengambil masa selama beberapa hari bagi bekalan elektrik dapat dipasang semula untuk semua pihak yang terjejas.

Di kawasan kejiranan Mont- Bleu di Gatineau, seorang penduduk telah merakamkan sebuah video menunjukka­n ratusan bahagian serpihan yang berpusing- pusing di udara di antara bangunanba­ngunan.

“Terdapat satu pemotongan bekalan elektrik dan kurang seminit kemudian, angin mula memukul cermin,” Vincent-Carl Leriche memberitah­u AFP. “Puting beliung itu sendiri berlaku kurang dari dua minit. Serpihan telah berterbang­an ke sana-sini, saya tidak pernah melihat apa-apa seperti itu, kecuali di Hollywood,” tambah beliau.

Kanada Tengah biasanya melihat beberapa kejadian puting beliung dalam setahun, terutama pada bulan Jun atau Julai, namun jarang dengan kekuatan sebegitu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BENCANA ALAM: Kelihatan beberapa bangunan yang musnah selepas puting beliung membadai kawasan kejiranan Mont-Bleu di Gatineau, Quebec di Kanada kelmarin.
— Gambar Reuters BENCANA ALAM: Kelihatan beberapa bangunan yang musnah selepas puting beliung membadai kawasan kejiranan Mont-Bleu di Gatineau, Quebec di Kanada kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? TIDAK PUAS HATI: Aktivis memegang papan tanda ketika mereka membantah projek pembinaan penggantia­n tembok sempadan di pusat bandar El Paso, Texas di AS kelmarin. Papan tanda itu ditulis ‘kurang tembok, lebih banyak jambatan’.
— Gambar Reuters TIDAK PUAS HATI: Aktivis memegang papan tanda ketika mereka membantah projek pembinaan penggantia­n tembok sempadan di pusat bandar El Paso, Texas di AS kelmarin. Papan tanda itu ditulis ‘kurang tembok, lebih banyak jambatan’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia