Utusan Borneo (Sarawak)

Bakal presiden Mexico enggan berkelahi dengan Trump

-

KOTA MEXICO: Bakal presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador menyatakan beliau tidak mahu berbalah dengan Presiden AS Donald Trump mengenai imigrasi.

Pendekatan tegas Trump terhadap perkara itu telah menimbulka­n ketegangan dan menjengkel­kan rakyat Mexico, yang beliau sebelum ini dakwa akan membayar bagi pembinaan sebuah tembok di antara kedua- dua negara.

Namun Lopez Obrador dari pihak haluan kiri memberitah­u wartawan di wilayah sempadan Sonora kelmarin bahawa keadaan berbalas kemarahan adalah bukan jawapannya.

“Kami tidak akan bergaduh dengan kerajaan AS, kami tidak akan berbalah dengan Presiden Donald Trump,” jelas beliau.

“Masalah imigrasi tidak akan diselesaik­an dengan pembinaan tembok atau dengan menggunaka­n kekerasan, namun ia merupakan satu tugas menghormat­i diplomatik,” tambah Lopez Obrador, yang akan memegang jawatannya pada 1 Disember.

Kelmarin pihak berkuasa AS mengumumka­n permulaan bagi pembinaan sebuah tembok setinggi lima meter dengan keluasan 6.5 kilometer di pekan El Paso bersempada­n dengan Texas.

Kempen bantahan Trump bagi pihak Rumah Putih telah banyak bergantung kepada satu janji untuk membina sebuah tembok di sempadan selatan dan menghantar pulang berjuta-juta pendatang tanpa dokumen, dalam apa yang beliau dakwa sebagai satu krisis imigresen.

Beliau pada mulanya menuntut supaya pihak Mexico membayar bagi tembok tersebut, satu permintaan yang ditolak beberapa kali oleh pihak Mexico. Kongres setakat ini telah meluluskan $1.6 bilion dari jumlah $25 bilion yang diminta oleh Trump.

Sebahagian besar dari sempadan telah mempunyai pagar atau penghadang lain, namun Trump telah mengarahka­n satu “sekatan fizikal yang berhampira­n dan sukar dimasuki,” yang menurut para saintis akan mengancam lebih dari 1,000 jenis spesies haiwan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia