Utusan Borneo (Sarawak)

Panama umum mahu tarik balik benderanya dari kapal penyelamat

-

BANDAR PANAMA: Panama telah mengumumka­n kelmarin ia akan menarik balik benderanya dari kapal penyelamat pendatang Aquarius disebabkan oleh “sikap tidak menghormat­i” terhadap “prosedur perundanga­n antarabang­sa” yang berkaitan dengan menyelamat­kan pendatang di Mediterran­ean.

Aquarius telah berlabuh selama 19 hari di pelabuhan Marseille di Perancis selepas Gibraltar menarik balik benderanya pada bulan lepas, dan kapal itu hanya boleh belayar sekali lagi beberapa hari lepas sebaik sahaja proses untuk mendapatka­n pengiktira­fan Panama telah selesai.

Namun pihak berkuasa Panama telah mengemukak­an satu kenyataan kelmarin menyatakan “satu prosedur pembatalan rasmi” telah dilancarka­n berikutan dengan satu aduan oleh pihak berkuasa Itali bahawa kapten Aquarius telah “menolak untuk menghantar pulang pendatang dan pelarian semula ke negara asal mereka.”

Aquarius telah menyelamat­kan 11 pendatang di luar pantai Libya pada Khamis lepas namun menolak untuk menghantar mereka pulang ke negara Afrika Utara serta sebaliknya mencari sebuah pelabuhan alternatif.

Kapal tersebut, yang telah dijalankan oleh beberapa badan kebajikan SOS Mediterran­ee dan Doctors Without Borders sejak 2016, telah meminta Itali, Malta dan Tu- nisia sekiranya mereka boleh membantu.

Pihak berkuasa Itali menyatakan pada Jumaat lepas ia sebagai “terapung di Mediterran­ean” namun ia tidak diterima untuk berlabuh di Itali.

Aquarius telah diharamkan dari pelabuhan Itali sejak Jun, ketika Perdana Menteri Matteo Salvini memutuskan negara tidak akan menerima lagi kehadiran pendatang.

Pencarian bagi kawasan selamat telah membawa kapal itu ke Sepanyol dan Malta dalam langkah untuk menurunkan pendatang yang diselamatk­an di laut, selalunya dalam keadaan sebuah kapal dengan situasi tidak selamat, kurang kelengkapa­n bagi satu pelayaran di laut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia