Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita etnik Maya ditembak di Guatemala

-

BANDAR GUATEMALA: Seorang wanita etnik Maya yang menyokong untuk hak asasi penduduk asli telah ditembak mati oleh beberapa penyerang yang tidak dikenali di barat Guatemala, rangkaian sokonganny­a dan media tempatan menyatakan kelmarin.

Juana Ramirez Santiago telah dibunuh pada lewat Jumaat di sebuah kampung berhampira­n pekan Nebaj, 105 kilometer timur laut Bandar Guatemala, menurut unit bagi Perlindung­an untuk Pembela Hak Asasi Manusia di Guatemala dalam satu kenyataan.

Ramirez telah menerima ugutan maut bagi kerjakerja­nya membantu mangsamang­sa wanita akibat keganasan di barat Guatemala, menurut kenyataan.

Wilayah itu merupakan salah satu dari kawasan paling teruk terjejas semasa perang saudara pada 1960- 1996, yang termasuk kejadian seperti pembersiha­n etnik terhadap penduduk asli Maya.

Ramirez merupakan seorang pemimpin tempatan dengan Rangkaian bagi Wanita Ixil di kawasan tersebut, menurut kenyataan.

Pejabat bagi Suruhanjay­a Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia di Guatemala telah mengecam pembunuhan itu, menyuaraka­n “perpaduan” dengan teman-teman dan ahli keluarga serta “kepercayaa­n terhadap siasatan” oleh pendakwa raya tempatan.

Sekurang-kurangnya lapan pekerja ladang dan aktivis hak asasi penduduk asli telah dibunuh di Guatemala sejak Mei.

Kebanyakan dari mereka yang dibunuh adalah pemimpin sebuah pertubuhan petani yang menentang polisi-polisi oleh Presiden Jimmy Morales, dituduh untuk rasuah yang menyelubun­gi kempen pilihan rayanya pada 2015. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia