Utusan Borneo (Sarawak)

Mesyuarat menteri luar wanita janji bawa perspektif wanita

-

MONTREAL: Mesyuarat menteri luar wanita untuk persidanga­n pertama seumpamany­a telah bersumpah kelmarin akan membawa satu “perspektif wanita” dalam polisi asing.

Mesyuarat selama dua hari, yang bermula pada Jumaat lepas di Montreal dan telah melibatkan lebih separuh daripada diplomat kanan wanita di dunia, memberikan tumpuan terhadap topik seperti pencegahan konflik, pembanguna­n demokratik dan penghapusa­n keganasan yang berdasarka­n jantina.

“Mesyuarat ini mewakili satu kejadian bersejarah,” menurut diplomat kanan Kanada Chrystia Freeland, yang turut mengambil peluang untuk mengumumka­n pembentuka­n duta pertama bagi wanita, kedamaian dan keselamata­n di Kanada.

“Ini adalah bukan mengenai menghasilk­an sebuah kawasan merah jambu. Ini adalah sebaliknya. Ini adalah mengenai menyatakan tentang kepentinga­n dan peranan serta hak wanita dan perempuan di dunia,” menurut Freeland.

“Ia tentang bercakap mengenai cara-cara wanita dalam jawatan kepimpinan terutamany­a terlibat dalam memperjuan­gkan hak-hak ini.”

Para menteri tersebut akan berkongsik­an pendapat mereka dari kejadian semasa mesyuarat yang dilakukan sebagai sebahagian dari Perhimpuna­n Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu di New York pada minggu akan datang.

Ketua diplomatik dari 17 negara telah berjanji akan sering bertemu walaupun secara tidak rasmi pada tahun akan datang.

“Kami telah menanam biji benih yang akan membesar menjadi, yang saya percayai, satu tanaman dengan bunga yang cantik,” menurut ketua diplomatik Kesatuan Eropah

Federica Mogherini, yang turut mengetuai mesyuarat bersama dengan Freeland.

Sebagai tambahan kepada Freeland dan Mogherini, persidanga­n akan mengumpulk­an para menteri dari Andorra, Bulgaria, Costa Rica, Croatia, Republik Dominica, Ghana, Guatemala, Honduras, Indonesia, Kenya, Namibia, Norway, Panama, Rwanda, Saint Lucia, Afrika Selatan dan Sweden.

Pada penghujung persidanga­n, 12 dari peserta telah meletakkan bunga secara simbolik di atas kubu batu yang diletakkan di sebuah taman Montreal bagi memperinga­ti 14 wanita yang dibunuh pada 1989 di sekolah kejurutera­an Ecole Polytechni­que.

Pembunuhny­a, yang menyasarka­n wanita dalam apa yang diklasifik­asikan sebagai satu jenayah kebencian, telah mencederak­an 14 orang lagi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERJUANGKA­N HAK WANITA: Freeland (kanan) dan Mogherini bercakap kepada media semasa Mesyuarat Menteri Luar Wanita di Montreal, Kanada kelmarin. Mesyuarat selama dua hari yang bermula pada Jumaat lepas telah melibatkan lebih separuh daripada diplomat kanan wanita di dunia, memberikan tumpuan terhadap topik seperti pencegahan konflik, pembanguna­n demokratik dan penghapusa­n keganasan yang berdasarka­n jantina.
— Gambar AFP PERJUANGKA­N HAK WANITA: Freeland (kanan) dan Mogherini bercakap kepada media semasa Mesyuarat Menteri Luar Wanita di Montreal, Kanada kelmarin. Mesyuarat selama dua hari yang bermula pada Jumaat lepas telah melibatkan lebih separuh daripada diplomat kanan wanita di dunia, memberikan tumpuan terhadap topik seperti pencegahan konflik, pembanguna­n demokratik dan penghapusa­n keganasan yang berdasarka­n jantina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia