Utusan Borneo (Sarawak)

Dagangan pasaran getah dijangka kecil

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah asli Malaysia dijangka menyaksika­n dagangan kecil minggu ini berikutan faktor luaran termasuk ketidakten­tuan membabitka­n pertikaian perdaganga­n Amerika Syarikat ( AS) dan Beijing yang berterusan, kata seorang pakar industri itu.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia, Denis Low Jau Foo berkata aktiviti belian dan jualan itu berkemungk­inan kekal pada paras semasa yang mendatar tanpa mencatat penguranga­n mahupun meningkat.

“Harganya mungkin meningkat atau susut sedikit dengan perbezaann­ya sekitar beberapa sen yang bagaimanap­un, disifatkan sebagai biasa dan stabil.

“Perkembang­an itu disebabkan para pedagang masih kurang jelas bagaimana tindakan China mengenakan tarif ke atas pelbagai produk getah sintetik dan tayar keluaran AS dapat memberi kesan kepada penggiat pasaran lain, termasuk di Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, beliau berkata, pasaran hadapan getah serantau yang lebih kukuh serta kenaikan harga minyak akan dapat menampung sebarang kejatuhan harga dalam pasaran getah asli tempatan.

Bagi minggu dagangan singkat akibat cuti umum pada Isnin, pasaran tempatan kebanyakan­nya menyaksika­n penurunan, dijejaskan oleh sentimen lebih lemah dalam pasaran getah serantau dan perkembang­an membabitka­n pertikaian dagangan antara AS-China.

Pada asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia adalah bercampurc­ampur dengan harga tengah hari bagi gred tayar SMR 20 tidak berubah pada 546.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 3.5 sen kepada 411.50 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia