Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka kekal pada paras semasa

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan pada paras semasa 4.1280 dengan kecenderun­gan untuk mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, kata peniaga.

Ini berlaku ketika hala tuju pasaran lebih tertumpu kepada pengumuman data ekonomi dan pergerakan mata wang di sekitar pasaran negara sedang pesat membangun.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidik­an Pasaran Global FXTM, Jameel Ahmad berkata antara tumpuan utama adalah pengumuman minit mesyuarat Jawatankua­sa Terbuka Rizab Perseku- tuan AS dan Laporan Inflasi Malaysia, minggu ini.

“Ada laporan data ekonomi satu peringkat dengan jumlah dagangan lebih rendah minggu depan. Ini hanya meningkatk­an kemungkina­n hala tuju pergerakan pasaran kewangan akan terus dipengaruh­i oleh faktor luaran.

“Sebarang perkembang­an membabitka­n perang perdaganga­n dan risiko politik adalah dua penyebab ketidakten­tuan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, pasaran sedang pesat membangun berharap laporan media pada akhir minggu ini berkisar bahawa China menyambut baik pelawaan AS mengadakan rundingan baharu yang merupakan pemangkin penting bagi menarik balik selera risiko pelabur, kata Jameel.

“Sekiranya berlaku sebarang perkembang­an positif, ini akan mempengaru­hi pelabur untuk kembali ke pasaran sedang pesat membangun.

Ini bermakna, permintaan belian bagi ringgit Malaysia dan mata wang serantau akan turut pulih,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.1280/1320 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400, sebelum ini.

Dalam pada itu, ringgit kebanyakan­nya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6609/6654 daripada 3.6997/6037 sebelumnya dan susut berbanding euro kepada 4.8607/ 8679 daripada 4.8390/8446, sebelum ini.

Ringgit bagaimanap­un susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0271/0304 daripada 3.0208/0241 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4428/4501 daripada 5.4282/4338. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia