Utusan Borneo (Sarawak)

MSM diunjur diniaga dalam jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka mencatat dagangan dalam jajaran kecil minggu ini dengan harga sekitar RM2,130 hingga RM2,170.

Perkembang­an itu disebabkan oleh sikap ‘tunggu dan lihat’ peniaga ketika pertikaian perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang berlanjuta­n, kata seorang peniaga.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata ketidakten­tuan membabitka­n konflik itu telah menyebabka­n kebanyakan harga komoditi di bawah tekanan dan tidak mampu bergerak lebih tinggi.

“Memandangk­an konflik itu terus berleluasa, kita mungkin menyaksika­n China beralih kepada Argentina sebagai alternatif mendapatka­n kacang soya berbanding AS,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, beliau berkata, tahap inventori lebih tinggi juga menjadikan harga komoditi itu rendah berikutan Ogos dan September yang merupakan tempoh kemuncak pengeluara­n, terutamany­a bagi Malaysia dan Indonesia.

“Namun, memandangk­an Deepavali disambut pada November, kita berharap untuk menyaksika­n lebih banyak pembelian dicatatkan.

“Lebih-lebih lagi selepas pengumuman cukai duti sifar peratus pada Oktober oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dijangka merangsang minat belian dalam kalangan pedagang khususnya India, Pakistan dan China dalam minggu-minggu mendatang,” katanya.

Teh berkata harga fizikal yang kekal melepasi penanda aras RM2,000 itu masih merupakan sokongan terhadap pasaran MSM berkenaan.

Bagi minggu dagangan yang singkat ini, pasaran tempatan MSM adalah rendah seiring dengan penurunan dicatatkan pasaran soya di Lembaga Dagangan Chicago.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, bulan semasa baharu Oktober 2018 susut RM94 kepada RM2,116 satu tan, November 2018 turun RM96 kepada RM2,126, Disember 2018 merosot RM104 kepada RM2,143 manakala Januari 2019 berkuranga­n RM112 kepada RM2,173.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 228,370 lot daripada 123,174 lot sebelum ini manakala minat terbuka menokok kepada 310,474 kontrak berbanding 305,584 kontrak, minggu sebelumnya.

Di pasaran fi zikal, September Selatan berada pada RM2,130 satu tan iaitu turun RM90 daripada RM2,220 satu tan pada minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia