Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLCI dijangka diniaga tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan tinggi minggu ini seiring dengan jangkaan prestasi yang lebih baik di pasaran tunai pendasar.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata sentimen ke arah aset pasaran sedang pesat membangun telah mula bertambah baik susulan meredanya keadaan tidak menentu yang menyelubun­gi ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China.

Beliau berkata pandangan pelabur adalah tarif perdaganga­n terbaharu yang dikenakan oleh AS dan China dijangka tidak membawa kesan ekonomi yang besar seperti yang dibimbangi ramai pihak.

“Kita melihat lebih banyak dana asing kembali ke Malaysia, dan minggu lepas ia berjumlah hampir RM200 juta,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak September 2018 naik lima mata kepada 1,803, Oktober 2018 meningkat sembilan mata kepada 1,803.5, Disember 2018 menokok 7.5 mata kepada 1,797.5 dan Mac 2019 menambah 7.5 mata kepada 1,795.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baharu berakhir ini turun kepada 28,706 lot daripada 29,384 lot yang dicatatkan minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 31,722 kontrak daripada 30,627 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 6.94 mata kepada 1,810.64 berbanding 1,803.76 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia dan derivatifn­ya ditutup pada Isnin sempena cuti umum hari Malaysia yang jatuh pada Ahad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia