Utusan Borneo (Sarawak)

PTKL dijangka meningkat minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka menyaksika­n dagangan lebih tinggi pada minggu ini berikutan perkembang­an sentimen luaran yang lebih positif, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata, selepas mencecah paras psikologi AS$ 19,000 satu tan pada Jumaat, harga timah dijangka meneruskan momentum aliran peningkata­nnya sehingga mencecah AS$19,300 satu tan berikutan kehadiran semula keyakinan pelabur selepas kebimbanga­n mengenai perang dagangan Amerika Syarikat (AS) – China yang kian reda.

Paras sokongan dikesan pada AS$18,900 satu tan.

Menurutnya, harga timah itu akan turut dipengaruh­i oleh prestasi logam itu di Bursa Logam London (LME) serta pergerakan harga logam asas lain, khususnya tembaga.

Bagi perbanding­an Jumaat hingga Jumaat, harga PTKL menokok AS$ 30 kepada AS$19,000 satu tan manakala jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 165 tan daripada 156 tan.

PTKL ditutup pada Isnin lepas bersempena cuti umum Hari Malaysia yang jatuh pada Ahad.

Sementara itu, harga timah di LME menokok AS$5 kepada AS$19,025 satu tan.

Bagi minggu ini, permintaan belian kebanyakan­nya dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, Pakistan, Bangladesh dan United Kingdom.

Perbezaan harga antara PTKL dengan LME berada pada diskaun AS$25 satu tan berbanding diskaun AS$50 satu tan pada minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia