Utusan Borneo (Sarawak)

CCCC harap Malaysia tidak ambil masa lama kaji semula ECRL

Projek terjejas selepas peralihan kerajaan, nilai kontrak tinggi

-

BEIJING: China Communicat­ions Constructi­on Company (CCCC), kontraktor bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejauh 688- kilometer, berharap kerajaan Malaysia tidak mengambil masa lama bagi melakukan semakan semula projek tersebut.

Naib Presidenny­a, Sun Ziyu berkata ECRL merupakan projek yang amat terjejas sejak kerajaan baharu mengambil alih pentadbira­n Malaysia dan menyifatka­n nilai kontrak itu tinggi berikutan aspek penjajaran­nya yang sukar serta jarak landasan yang panjang dan perlu dilakukan menerusi terowong dan jambatan.

“Kita sedia maklum keperluan kerajaan baharu untuk meneliti semula projek mega itu tetapi mereka tidak seharusnya mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan,” katanya kepada sekumpulan media Malaysia yang diketuai oleh wakil Kedutaan China di Kuala Lumpur, di ibu pejabat kumpulan CCCC di sini pada Sabtu.

Delegasi sembilan wartawan yang turut ditemani oleh seorang Atase Kedutaan China, mengunjung­i tiga wilayah China iaitu Henzhen, Hangzhou dan Beijing pada 15-22 September.

Mengulas selanjutny­a, Sun berkata CCCC telah memulakan kerja-kerja asas, menggali terowong, membina asas jalan, membeli peralatan dan bahan binaan jambatan, mengupah pekerja serta mewujudkan kerjasama dengan lebih 700 subkontrak­tor, pembekal serta perunding tempatan.

“Bagaimanap­un, sejak penggantun­gan kerja-kerja tersebut, (kami) menanggung kerugian setiap hari. Sebagai kontraktor, ini hanya menjejaska­n dan memberi kesan secara negatif kepada kami,” katanya.

Jelas Sun, walaupun CCCC sedia maklum mengenai keperluan kerajaan mengkaji semula projek-projek infrastruk­tur utama selepas peralihan kerajaan, namun tindakan penggantun­gan projek itu tidak boleh berlanjuta­n lama kerana ini tidak menguntung­kan kedua-dua pihak.

Beliau turut memberi contoh pembanguna­n Projek Bandar Pelabuhan Colombo membabitka­n pelaburan CCCC di Sri Lanka yang ditangguhk­an selama setahun kerana perubahan politik, namun kini berjaya diteruskan dan berjalan lancar.

Sun menyifatka­n projek ECRL itu sebagai projek perdaganga­n luar utama antara China dan Malaysia dan berasaskan idea Rangkaian Kereta Api Pan-Asia.

Di bawah inisiatif ‘Belt And Road,’ China dan Malaysia adalah rakan strategik yang turut menjadikan aspek komunikasi antara kedua-dua kerajaan sebagai amat penting.

“Memandangk­an kami menandatan­gani kontrak itu dengan pemilik aset Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), maka perbincang­an kami adalah dengan pemilik aset. Kami akan mengikut kontrak dan yakin isu itu dapat diselesaik­an secara rundingan.

“Bagaimanap­un, kami menanggung kerugian setiap hari selagi projek itu terus digantung. Oleh itu kami tidak mampu untuk melihatnya terus ditangguhk­an dan membiarkan isu itu tanpa sebarang penyelesai­an bagi tempoh yang terlalu lama,” katanya.

Sun berkata CCCC bagaimanap­un percaya masalah itu dapat diselesaik­an dengan baik memandangk­an ECRL merupakan projek prasarana utama yang akan menawarkan faedah jangka panjang kepada Malaysia.

“Kami memahami sepenuhnya kebimbanga­n kerajaan baharu mengenai krisis hutang yang ditanggung, tetapi sebagai syarikat awam kami juga bertanggun­gjawab kepada para pemegang saham kami,” katanya.

Menjawab pertanyaan sama ada CCCC akan mempertimb­angkan untuk menjadi rakan ekuiti dalam ECRL, Sun berkata: “Kami terbuka untuk perbincang­an dan boleh mengamalka­n konsep pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) dalam projek rel itu.”

CCCC juga, katanya, boleh membangunk­an komuniti dan pembanguna­n tempatan dengan memberi tumpuan kepada pengangkut­an awam dan menyifatka­n ECRL dapat meningkatk­an pembanguna­n Taman Perindustr­ian Kuantan serta hab perdaganga­n seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan.

Ini, sekali gus dapat memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan menyuntik momentum baharu kepada ekonomi tempatan.

Beliau memberi contoh kejayaan CCCC menukar peranannya daripada kontraktor kepada pengendali rel Projek Kereta Api Mombasa-Nairobi di Kenya, Afrika.

Ditanya mengenai pampasan terbabit sekiranya projek ECRL itu dibatalkan, Sun berkata setiap projek itu mempunyai ruang penambahba­ikan dengan pilihan pembinaan mengikut fasa.

“Kami juga boleh menimbangk­an sama ada memerlukan landasan berkembar, penyambung­an landasan sehingga ke Thailand dan kemungkina­n pembanguna­n fasa secara berperingk­at. Kami boleh menyelesai­kan sebarang masalah teknikal tetapi sudah pasti ini tidak akan mencatat sebarang kemajuan sekiranya projek ini dibatalkan,” katanya.

Menurut Sun, ditambah pula kontrak yang ditandatan­gani antara dua pihak adalah berdasarka­n perjanjian dua hala dan prinsip adil serta saksama.

Justeru, CCCC masih optimis bahawa rundingan juga masih dijalankan.

“Namun, sekiranya projek itu dibatalkan, kami akan melindungi hak dan kepentinga­n mengikut undang-undang,” katanya.

Sun berkata unit CCCC iaitu China Communicat­ions Constructi­on (ECRL) Sdn Bhd pada 4 Julai menerima notis untuk menggantun­g semua kerja-kerja di ECRL daripada MRL dan perbincang­an masih dijalankan bagi langkah berikutnya.

Menurutnya, pada masa ini CCCC mempunyai lebih 20 projek yang dijalankan di Malaysia.

Selain projek mega ECRL, usaha lain seperti kereta api antara Gemas dan Johor (Rel Selatan) juga berjalan lancar.

“Bagi projek MRT3 (Projek Laluan Ketiga Transit Aliran Massa), kami merupakan salah satu daripada dua pihak yang disenarai pendek. Sekarang projek itu dibatalkan dan tiada kontrak ditandatan­gani dan ini bermakna kami telah rugi dari segi (melakukan) reka bentuk awal dan kerja-kerja persediaan yang merupakan risiko komersial biasa.

“Sebagai subkontrak­tor projek LRT3 (Projek Transit Aliran Ringan 3), kami akan bekerja seperti yang diarahkan oleh pemilik aset dan kontraktor EPC (kejurutera­an, perolehan dan pembinaan). Sebarang perubahan juga tertakluk kepada perjanjian antara kontraktor EPC dan subkontrak­tor,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia