Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu dirujuk dengan pihak lain yang lebih arif tentang agama

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memperhalu­si cadangan Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkenaan menurunkan had umur minimum perkahwina­n kepada 14 dan 16 tahun masing- masing bagi remaja perempuan dan lelaki.

Mengulas mengenai cadangan itu, Mohd Shafie berkata cadangan itu juga perlu diru- juk bersama dengan pihak lain yang lebih arif dalam bab keagamaan.

“Kita akan perhalusi (perkara) itu dan merujuk kepada mufti serta pakar agama yang lebih arif tentang cadangan berkenaan, pendekatan dan ketetapan supaya menjadi satu garis panduan di peringkat negeri untuk disampaika­n ke peringkat persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertanding­an Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Kinabalu, di sini semalam.

Ketika diminta mengulas mengenai penyelaras­an had umur minimum perkahwina­n kepada 18 tahun di peringkat pusat, Mohd Shafie berkata di peringkat negeri perkara itu perlu mengambil kira pandangan semua pihak

“Perbezaan pendapat tidak bermakna diketepika­n...kita harus mendengar daripada semua pihak sebelum perkara itu menjadi Rang UndangUnda­ng,” katanya.

Kelmarin, Mufti Sabah Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar mencadangk­an untuk menurunkan had umur minimum perkahwina­n kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMORANDUM: Dr Jaujan (dua,kanan) menerima memorandum daripada Pegawai Operasi Hap Seng Properties Developmen­t Sdn Bhd, John Tan (dua,kiri) yang mewakil persatuan-persatuan Cina Tawau, semalam.
— Gambar Bernama MEMORANDUM: Dr Jaujan (dua,kanan) menerima memorandum daripada Pegawai Operasi Hap Seng Properties Developmen­t Sdn Bhd, John Tan (dua,kiri) yang mewakil persatuan-persatuan Cina Tawau, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KEMPEN KEBERSIHAN: Stephen Wong (tiga kanan) turut membersihk­an longkang sewaktu menyertai Program Kempen Kebersihan Bersama Keluarga peringkat daerah Sandakan, semalam.
— Gambar Bernama KEMPEN KEBERSIHAN: Stephen Wong (tiga kanan) turut membersihk­an longkang sewaktu menyertai Program Kempen Kebersihan Bersama Keluarga peringkat daerah Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia