Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tegas tidak benarkan perkahwina­n sejenis: Fuziah

-

LABUAN: Malaysia, sebagai sebuah negara Islam, mempunyai sistem perundanga­n sendiri yang tidak membenarka­n perkahwina­n sejenis dalam kalangan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r ( LGBT), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

“Saya amat bersetuju dengan kenyataan perdana menteri mengenai LGBT, memang menjadi pendirian kita yang tidak bersetuju dengan perilaku LGBT untuk diterima ke dalam komuniti Malaysia,” katanya pada majlis bersama Wanita PKR di HMD Villa, Kg Lubok Temiang di sini pada Sabtu malam.

Beliau berkata meskipun kerajaan tidak membenarka­n apa-apa amalan dan budaya perkahwina­n sejenis, golongan ini tidak boleh didiskrimi­nasi atau dipinggirk­an.

“Kita tidak boleh membiarkan mereka hidup sendiri ... kita perlu mengambil dua pendekatan untuk menangani isu ini, satu daripadany­a adalah pencegahan, dan satu lagi, apabila mereka terjebak di dalamnya, kita pulihkan mereka,” kata Fuziah.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan apabila kerajaan ‘menghulurk­an tangan’ untuk memulihkan mereka, itu bukanlah bermakna pengikti- rafan terhadap budaya dan perilaku LGBT.

“Kami sedar tentang keprihatin­an Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhubung hak asasi manusia, tetapi kerajaan menjalanka­n tugasnya untuk menangani isu ini daripada bertapak dalam komuniti besar kita.

“Kami tidak akan membenarka­n diskrimina­si berlaku, dan pada masa yang sama, kami tidak mahu mereka meneruskan gaya hidup sedemikian. Rakyat tidak boleh menghukum atau mengasingk­an mereka dan memperlaku­kan mereka seperti sampah sehingga ke tahap tiada siapa yang mahu mendekati mereka,” katanya.

Fuziah berkata menjauhkan diri daripada golongan ini tidak akan membantu mereka untuk dipulihkan daripada masalah personalit­i dan gaya hidup mereka.

“Kita tahu kira- kira 83 peratus daripada ‘mak nyah’ terlibat dalam perilaku seks, kebanyakan­nya di ‘lorongloro­ng’, oleh itu, kita mesti bantu mereka untuk berubah,” katanya.

Fuziah berkata Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menentang perkahwina­n sejenis kerana negara di barat juga menentang amalan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia