Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Marudi digesa berdiri teguh sokong perjuangan dapatkan hak

-

TINJAR: Rakyat Marudi digesa berdiri teguh di belakang Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg khususnya dalam menyokong perjuangan mendapatka­n hak Sarawak seperti termaktub dalam Perlembaga­an Malaysia.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata mereka harus bersatu dan bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperjuan­g hak mereka yang terhakis sejak sekian lama.

“Saya mahu mengingatk­an rakyat luar bandar khususnya di Marudi agar bersatu dan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri dalam menuntut hak kita.

“Mari kita bersatu membangunk­an negeri kita sendiri dan menjaga hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Kompeni Agon di Tanjong Mawang Teru, Tinjar dekat sini kelmarin.

Dalam hal ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu berkata masyarakat luar bandar harus terus mem- bantu antara satu sama lain ke arah matlamat bersama untuk mengubah Sarawak menjadi negeri maju.

Pada majlis tersebut, beliau turut merasmikan sistem rawatan air mudah alih (UFLO) bernilai RM250,000 di bawah projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) untuk rumah panjang tersebut.

Penguang turut menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) bernilai RM5,000 masing-masing kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) dan Biro Wanita Rumah Kompeni, Tetuan Kaum Wanita Anthony Ladi, Lepong Ajai Sungai Liam Bakong, JKKK Rumah Sabelas Tekalong, Biro Wanita Nanga Seridan Tinjar Baram, JKKK Nanga Seridan Tinjar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tinjar.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing, Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Kaunselor Edward Mendai dan ketua-ketua masyarakat sekitar Marudi.

 ??  ?? TERIMALAH: Penguang menyampaik­an cek kepada salah seorang penerima geran MRP di Marudi kelmarin.
TERIMALAH: Penguang menyampaik­an cek kepada salah seorang penerima geran MRP di Marudi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia