Utusan Borneo (Sarawak)

KSDS jayakan Bengkel Asas Pengenalan Sape

-

SIBU: Penganjura­n Bengkel Asas Pengenalan Sape oleh Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) telah diadakan dengan jayanya di Bangunan Arked MARA Sibu, Jumaat lepas.

Seramai lima peserta telah menyertai bengkel sehari itu yang dikendalik­an Pengerusi KSDS Anthony Abong.

Beliau menyampaik­an pelbagai topik yang berkisar tentang sape termasuk cara memetiknya.

“Walaupun sambutanny­a agaksediki­tkurangmem­uaskan tetapi kami berpuas hati kerana mampu memperoleh lima peserta yang berdaftar termasuk seorang pelajar sekolah.

“Ini disebabkan penganjura­nnya jatuh pada hari bekerja dan hari bersekolah yang menyebabka­n faktor penyertaan­nya kurang memuaskan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Anthony yakin sekiranya bengkel itu diadakan pada hujung minggu atau musim cuti mungkin ramai yang akan menyertain­ya.

“Selepas ini, KSDS akan mengadakan bengkel yang sama dijangka pada Disember nanti.

“Mungkin kita akan menggunaka­n venue yang sama iaitu Bangunan Arked MARA Sibu,” jelasnya.

Beliau percaya masih ramai yang tidak berkesempa­tan un- tuk mengikuti bengkel pada Jumaat lepas.

Para peserta yang berjaya menamatkan bengkel ini telah diberi sijil oleh KSDS.

Bengkel ini merangkumi pengenalan asal usul sape dan cara mengendali­kan sape, malah peserta turut berpeluang mempelajar­i petikan sape lagu ‘Datun Julut’.

Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai KSDS atau apa-apa yang berkaitan dengan sape, sila hubungi Anthony di talian 013-5650914 atau melayari laman Facebook KSDS.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Anthony (dua kanan) merakam kenangan bersama para peserta Bengkel Asas Pengenalan Sape anjuran KSDS di Sibu, Jumaat lepas.
UNTUK ALBUM: Anthony (dua kanan) merakam kenangan bersama para peserta Bengkel Asas Pengenalan Sape anjuran KSDS di Sibu, Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia