Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan buat spekulasi isu liwat di pusat tahfiz: Mufti

-

KUALA LUMPUR: Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n ( PMWP) menyeru semua pihak menunggu keputusan yang bakal dikeluarka­n mahkamah berkaitan isu liwat melibatkan sembilan pelajar di pusat tahfiz dan tidak mengeluark­an sebarang bentuk spekulasi yang bakal menimbulka­n polemik lebih besar.

Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya mengikuti perkembang­an kes tersebut sejak dari awal penularan berita tersebut di media sosial, juga kes-kes sebelum ini.

“Kami sejak dahulu lagi sentiasa konsisten menentang sebarang bentuk manipulasi, penderaan, ketidakadi­lan dan penindasan terhadap kanakkanak.

“Membina persepsi dan spekulasi terhadap institusi berkenaan hanya akan men- imbulkan bibit Islamofobi­a yang sepatutnya tidak berlaku di negara umat Islam berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia,” kata Dr Zulkifli menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, pagi semalam.

Beliau berkata institusi tahfiz sewajarnya dihormati dan kesalahan individu tidak wajar dikaitkan dengan institusi berkenaan sebagaiman­a pepatah Melayu ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’.

Jelasnya, sudah sampai masa pihak berkaitan mempertimb­angkan beberapa cadangan untuk dilaksanak­an bagi memperkema­skan urus tadbir institusi pendidikan tahfiz negara.

“Antaranya, Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz AlQuran Kebangsaan (PINTA) hendaklah terus diperkasak­an di samping pemantauan berkala urus tadbir dan ke- bajikan pelajar maahad tahfiz di setiap kawasan dijalankan oleh anggota Parlimen kawasan,” katanya.

Tambah beliau cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh iaitu mendaftark­an semua maahad tahfiz yang tidak berdaftar merupakan satu cadangan yang wajar dipandang serius.

Baru- baru ini, seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 Sept yang melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia