Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera, PGA bantu PERHILITAN hapus jerat dawai perangkap harimau

-

KUALA NERUS: Seramai 50 anggota tentera dan Pasukan Gerakan Am ( PGA) akan digerakkan sebagai renjer hutan tambahan untuk memusnahka­n jerat dawai yang dipasang pemburu haram di beberapa kawasan habitat harimau di tamantaman negara.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata, pihaknya melalui Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN) telah mengadakan perbincang­an awal dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PGA bagi mendapatka­n bantuan anggota untuk melaksanak­an tugas tersebut.

“Kawasan hutan tropika kita sangat luas iaitu sekitar 4.8 juta hektar sedangkan kita tak cukup anggota penguatkua­sa ( renjer hutan). Kita hanya ada 20 renjer daripada PERHILITAN dan 20 sukarelawa­n dari Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) yang masuk hutan dua kali setahun untuk mencari dan buang jerat dawai ini.

“Kita akan memberi taklimat kepada mereka (renjer tambahan) bagaimana untuk mengesan dan memusnahka­n jerat dawai yang menjadi punca kepupusan bukan sahaja harimau malah beberapa spesies hidupan liar lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ‘Internatio­nal Union For Conversati­on Of Nature (IUCN) Symposium and Red List Assessment’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini semalam.

Turut hadir Naib Canselor UMT Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

Mengulas lanjut, Xavier berkata terdapat antara 1,000 hingga 2,000 jerat dawai yang dipasang oleh pemburu haram di hutan-hutan dan ia menjadi ancaman serta punca utama kepada penurunan bilangan spesies Harimau Malaya yang mendadak.

“Sekarang hanya tinggal kira-kira 350 ekor Harimau Malaya di seluruh negara dan kita sedang berusaha tingkatkan bilanganny­a kepada 500 ekor dalam tempoh lima tahun melalui kerja- kerja konservasi,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan juga sedang dalam proses memperkema­s Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 bagi melihat aspek hukuman dan denda lebih berat dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti perdaganga­n hidupan liar secara haram dan pemburuan haram.

Beliau berkata, ini berikutan Malaysia sering dijadikan negara transit untuk menyeludup keluar hidupan liar terutama untuk pasaran China. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia