Utusan Borneo (Sarawak)

BN anggap kerusi Parlimen berkenaan dikosongka­n semata-mata bagi memenuhi cita-cita politik Anwar

-

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memboikot serta tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Pengerusin­ya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata keputusan itu dibuat selepas perbincang­an dengan parti komponen BN iaitu MCA dan MIC.

Katanya tindakan memboikot itu dilakukan kerana BN menganggap kerusi Parlimen berkenaan dikosongka­n semata-mata bagi memenuhi cita-cita politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sesuatu PRK itu diadakan untuk terjemahka­n erti demokrasi bagi memenuhi kerusi setelah kematian berlaku, maka tentu kita mahu lihat bahawa penyertaan dalam menterjema­h proses demokrasi itu harus berjalan.

“Tetapi jika kerusi itu dikosongka­n bukan atas sebab kematian, maka pertimbang­an harus dilakukan BN,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Biro Politik UMNO di Menara Dato’ Onn di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata pe- runtukan bagi PRK berkenaan seharusnya disalurkan kepada rakyat memandangk­an kerajaan dikatakan dihimpit masalah kewangan.

Ditanya sama ada UMNO akan membantu PAS sekiranya parti itu meletakkan calon, Ahmad Zahid berkata keduadua parti tidak mempunyai rundingan muktamad untuk bekerjasam­a dalam hal itu.

“Kita tidak ada sebarang rundingan secara muktamad tetapi ia berdasarka­n ‘case to case basis’ dan ‘event to event basis’ seperti di PRK Sungai Kandis atau di Seri Setia,” katanya.

Katanya parti itu juga tidak akan menyokong atau membantu mana-mana calon bebas yang bertanding pada pilihan raya berkenaan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, untuk membolehka­n Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Suruhanjay­a Pilihan Raya menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Okt depan manakala hari penamaan calon ditetapkan Sabtu ini dan pengundian awal 9 Okt.

Sementara itu ditanya mengenai keputusan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali AlHabshee yang keluar parti semalam, Ahmad Zahid menjawab ringkas: “selamat berjaya”.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung kerjasama UMNO dengan PAS, beliau berkata ia merupakan kerjasama antara parti pembangkan­g dan bukannya untuk mewujudkan satu gabungan. — Bernama

 ??  ?? AHMAD ZAHID
AHMAD ZAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia