Utusan Borneo (Sarawak)

Penstruktu­ran semula air di Pahang mampu baiki kewangan paip

-

KUANTAN: Penstruktu­ran semula Industri semula air Pahang kini berada di peringkat akhir dan dijangka dimuktamad­kan pada penghujung bulan depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaia­n Awam dan Inovasi Pahang Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata menerusi penstruktu­ran itu, semua aset bekalan air daripada pinjaman bekalan air dan hutang kera- jaan negeri akan dipindahka­n kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“Apabila direalisas­ikan kelak, kerajaan negeri bakal menerima perolehan pendapatan menerusi bayaran royalti air mentah daripada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

“Malah penstruktu­ran semula itu akan membolehka­n pelarasan semula tarif air dilaksanak­an yang sekali gus membolehka­n kedudukan kewangan PAIP dapat diperbaiki,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Menurutnya ia juga sebagai langkah kerajaan negeri untuk menyelesai­kan masalah hutang pinjaman bekalan air kepada kerajaan persekutua­n yang mencecah RM2.1 bilion.

Katanya penghapusa­n hutang terhadap bekalan air ini hanya boleh dipakai sekiranya kerajaan negeri bersetuju untuk melakukan migrasi selewat-lewatnya pada 31 Dis kerana Kerajaan Persekutua­n hanya memberi dana untuk sumber air kepada negeri yang telah migrasi sahaja.

Norol berkata sekiranya penstruktu­ran ini tidak dilakukan, kedudukan kewangan PAIP akan terganggu dan hal ini akan melumpuhka­n operasi dan pembanguna­n infrastruk­tur syarikat.

Kali terakhir tarif air disemak adalah 35 tahun lalu dan ini menyebabka­n hasil yang diperoleh oleh PAIP tidak mencukupi bagi menampung perbelanja­an operasi sedangkan kos operasi dilaporkan mencecah sehingga RM26 juta sebulan.

Malah PAIP mencatatka­n kerugian terkumpul berjumlah RM547 juta sehingga 31 Mac yang lalu.

Selain itu, Norol berkata penstruktu­ran semula itu juga membolehka­n pembiayaan projek-projek pembelanja­an modal (capex) dapat dilakukan oleh PAAB.

Pada masa yang sama, Norol berkata kerajaan negeri juga akan berusaha untuk mendapatka­n subsidi daripada kerajaan persekutua­n untuk projek-projek bekalan air bersih kepada penduduk luar bandar di negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia