Utusan Borneo (Sarawak)

Naib Presiden PKR nafi ada sabotaj dalam pemilihan

-

KUALA NERUS: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Xavier Jayakumar menolak dakwaan bahawa terdapat unsur sabotaj dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Katanya, kekecohan di beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang bukan kerana faktor itu sebaliknya berpunca daripada kelemahan sistem e-undi yang pertama kali diperkenal­kan untuk proses pengundian dan akan ditanggani Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) dalam masa terdekat.

“Insiden ini berlaku dise- babkan masalah sistem bukan kerana mereka tidak diberitahu atau berpeluang untuk mengundi, mereka datang pagi tetapi tidak dapat mengundi.

“Kalau sistem sudah dibaiki mungkin tidak ada masalah untuk teruskan dengan pengundian,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Internatio­nal Union For Conservati­on Of Nature (IUCN) Symposium And Red List Assessment 2018 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam.

Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Pada Sabtu, proses pemilihan PKR bagi sembilan daripada 15 cabang di Kedah terpaksa ditunda ke satu tarikh lain berikutan sistem e-undi yang pertama kali digunakan untuk membolehka­n 800,000 ahlinya mengundi, mengalami masalah teknikal.

Ia mengakibat­kan tercetusny­a pergaduhan setelah anggota yang hadir naik berang dipercayai kerana menunggu terlalu lama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia