Utusan Borneo (Sarawak)

12 pasukan sah berentap merebut Piala Tan Sri Dato Sri Abang Khalid 2018

-

KUCHING: Sebanyak 12 pasukan terdiri agensi-agensi dan jabatan kerajaan mengesahka­n tempat berentap merebut salah satu piala berprestij dalam kalendar bola sepak Sarawak, Piala Tan Sri Dato Sri Abang Khalid 2018.

Antara pasukan menyertai piala itu ialah Puspen, AADK (A), AADK (B), Pendidikan Samarahan, IPD Padawan, APMM, IPD Kuching, APM, PSSTLDM, Pos Laju, TUDM dan Pos Malaysia.

Piala Tan Sri Dato Sri Abang Khalid akan membuka tirai pada 29 September ini di Padang Puspen Kuching.

Ia adalah kejohanan terbesar dalam sejarah penganjura­n Kelab Berkat Puspen Kuching dan Lembaga Pelawat Puspen Kuching.

Juara kejohanan tersebut secara automatik mendapat satu slot Pertanding­an Piala KDN tahun depan.

Pada kejohanan ini, juara akan membawa balik wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan medal.

Sementara naib juara meraih RM700, piala iringan dan medal, manakala tempat ketiga mendapat RM500, piala iringan, medal dan keempat (RM200) serta medal.

Justeru, pasukan ingin menyertai pertanding­an ini hendaklah menghantar seg- era borang pertanding­an dan yuran pendaftara­n RM250 kepada penganjur.

Pasukan lewat membayar yuran penyertaan akan ditolak penyertaan untuk diberi laluan kepada pasukan terlebih dahulu menghantar yuran penyertaan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Mohd Hafidz di talian 011-29936899 dan Hamzah Mohamad ( 0168843655).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia