Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1: Neymar kembalikan keyakinan PSG selepas kekecewaan Liga Juara Juara

-

PARIS, Perancis: Dari posisi berbeza dari sebelum ini, Neymar beraksi cemerlang untuk membantu Paris Saint Germain (PSG) bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Rennes 3- 1 dalam aksi Ligue 1 Perancis Ahad lepas, sekali gus membantu memadam kekecewaan tewas kepada Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu.

Rennes membuka jaringan seawal minit ke-11 apabila pemain tengah PSG, Adrien Rabiot, tertanduk bola ke pintu golnya sendiri dari satu tendangan sudut sebelum gol dari Angel Di Maria, Thomas Meunier dan Eric Maxim Choupo- Moting memastikan kemenangan keenam berturut-turut PSG dalam Ligue 1.

Neymar memberikan pujian kepada Thomas Tuchel, yang menggantik­an Unai Emery sebagai jurulatih.

“Kami serasi bersama, beliau seorang jurulatih muda dan kami suka dengan cara beliau membentuk pasukan dan barisan kakitangan­nya,” kata Neymar.

“Kami menghargai cara beliau berkomunik­asi dengan pemain dan kami berharap sumbangan beliau dapat membantu kami mencapai sesuatu yang hebat musim ini.”

PSG dikritik kerana membelanja­kan terlalu banyak wang kepada barisan penyerang dan tidak mengendahk­an kepentinga­n pemain tengah selepas tewas 2-3 kepada Liverpool dalam Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu.

Dengan penyerang muda, Kylian Mbappe tidak diturunkan kerana penggantun­gan, ada ruang untuk Di Maria dan pemain sayap, Julian Draxler dalam kesebelasa­n utama, dengan Neymar bermain di posisi penyerang di belakang Edinson Cavani.

Selepas gol sendiri Rabiot, Neymar kelihatan berada di prestasi terbaiknya apabila sentiasa mengucar- kacirkan pertahanan Rennes, termasuk umpanan kepada Cavani tetapi bola terkena palang.

Pada minit akhir sebelum rehat, PSG mengikat kedudukan apabila Di Maria menyempurn­akan hantaran Draxler.

Neymar, 26, terlibat dalam gol kedua PSG oleh Meunier dan gol ketiga Choupo-Moting untuk memastikan kemenangan PSG.

Pada perlawanan lain, Lyon, yang mengejutka­n Manchester City dalam Liga Juara- Juara pada pertengaha­n minggu, terus menunjukka­n aksi memberangs­angkan di awal musim apabila menewaskan Marseille 4-2.

Houssem Aouar membuka jaringan untuk Lyon sebelum Maxel Cornet menjaringk­an dua gol untuk memastikan Marseille kekal di tangga kelima, l a p a n m a t a di belakang PSG. G u - ingamp kekal di tangga terbawah liga selepas tewas 1-3 kepada Bord e a u x . — AFP

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia