Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan bedah siasat dedah lelaki Palestin mati dipukul semasa serbuan

-

RAMALLAH: Seorang rakyat Palestin yang meninggal dunia selepas tentera Israel menyerbu kediamanny­a telah dipukul, menurut keputusan bedah siasat yang dikeluarka­n oleh sebuah kumpulan banduan Palestin kelmarin,

Mohammed Khatib, 24, meninggal dunia selepas ditahan semasa satu serbuan ke atas kampung Beit Rima, di wilayah yang ditakluki di Tebingan Barat, pada awal pagi Selasa minggu lepas.

Namun dalam satu kenyataan, Jawatankua­sa Hal Ehwal Tahanan Palestin menyatakan “keputusan awal bedah siasat jelas menunjukka­n mangsa telah dipukul.”

“Mayat mangsa mempunyai lebam di bahagian pinggang dan paha kanannya, termasuk di bahagian lain badannya,” berdasarka­n kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook jawatankua­sa tersebut.

“Keadaan kejam ketika penahanann­ya telah menjejaska­n fungsi organnya, yang menjadi punca utama kematianny­a,” tambah kenyataan tersebut.

Bedah siasat telah dilakukan di Institusi Forensik Abu Kabir berhampira­n Tel Aviv dengan kehadiran ketua Institusi Perubatan Forensik Palestin, Rayan al-Ali.

Keluarga Khatib mendakwa anggota tentera Israel telah menyerbu rumah ketika beliau sedang tidur sebelum memukulnya dan menyebabka­n kematianny­a.

Pihak tentera Israel menyatakan pada masa itu bahawa beliau telah “ditangkap tanpa keganasan atau tentangan daripada pihaknya”. — AFP MANAGUA: Satu serangan ke atas perarakan oleh penentang Presiden Nicaragua Daniel Ortega telah menyebabka­n seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya lima lagi tercedera, kata polis kelmarin.

Mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Max Romero, yang meninggal dunia akibat satu “kejadian tembakmene­mbak,” menurut polis dalam satu kenyataan yang mengaitkan kematianny­a dengan penunjuk perasaan.

Kacau-bilau selama beberapa bulan di negara Amerika Tengah telah menyebabka­n lebih 320 orang terbunuh, menurut kumpulan hak asasi, namun ketegangan menurun sejak beberapa minggu lepas sebelum muncul semula ketika perarakan kelmarin, yang menyeru bagi pembebasan tahanan politik.

“Saya telah ditembak dan dicederaka­n oleh anggota separa tentera Daniel Ortega,” kata seorang penunjuk perasaan berusia 41 tahun yang tercedera di bahagian lengan yang tidak mahu menyatakan namanya kepada wartawan AFP, ketika dia menerima rawatan di sebuah gereja di kawasan kejiranan timur di bandar tersebut.

Bryan Garcia berusia 15 tahun, yang terkena tembakan, berkata: “Ia adalah pihak separa tentera, mereka mencederak­an saya di bahagian leher hampir dengan bahu saya.”

Antara mangsa lain yang tercedera adalah wartawan Winston Potosme dari rangkaian ‘100% Noticias’, yang tercedera di bahagian lengan.

Perarakan, “Kami adalah suara bagi tahanan politik,” telah diatur oleh saudara-mara kepada sekurang-kurangnya 500 penunjuk perasaan yang dipenjarak­an kerana terlibat dalam tunjuk perasaan antikeraja­an yang bermula pada 18 April. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KACAU-BILAU: Penunjuk perasaan melontar batu ketika bertempur dengan penyokong Ortega di Managua, Nicaragua kelmarin.
— Gambar Reuters KACAU-BILAU: Penunjuk perasaan melontar batu ketika bertempur dengan penyokong Ortega di Managua, Nicaragua kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia