Utusan Borneo (Sarawak)

Ekuiti pasaran sedang pesat membangun kini lebih konstrukti­f

-

KUALA LUMPUR: Ekuiti pasaran sedang pesat membangun kini lebih konstrukti­f dengan sentimen optimis berikutan kehadiran petunjuk ekonomi positif di negara- negara maju, kata pakar ekonomi.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ini ternyata berbeza daripada keadaan pasaran itu pada awal sehingga pertengaha­n September berikutan pertikaian perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan China yang berlanjuta­n selain faktor impak situasi di Argentina dan Turki akibat krisis kejatuhan mata wang negara berkenaan.

“Bagaimanap­un pada minggu ini, pasaran ekuiti ternya lebih konstrukti­f selepas perkembang­an seperti tindakan China memberi jaminan tidak akan menurunkan nilai mata wangnya dan kesan tindak balas China membabitka­n kadar tarif terbaru dikenakan AS juga adalah agak minimum.

“Berikutan itu, seakan ada rasa optimis di pasaran selain petunjuk ekonomi yang positif dari negara-negara maju,” katanya kepada Bernama.

Prestasi Bursa Malaysia misalnya baik dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI yang meningkat 0.7 peratus bagi asas perbanding­an bulan ke bulan, katanya.

“Kami percaya pasaran telah ‘lega’ kerana China tidak akan menurunkan nilai mata wangnya sebagaiman­a dinyatakan oleh kalangan pemimpinny­a walaupun pilihan sedemikian agak mencabar kerana China mempunyai pilihan terhad bagi menjadikan tarif sebagai langkah tindak balasnya.

“Namun, ketidakten­tuan itu masih ada dalam tempoh menjelang mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Rizab Persekutua­n (FOMC) AS pada minggu depan (2526 Sept). Pasaran pastinya akan menunggu sebarang pengumuman mesyuarat itu bagi mendapatka­n sebarang petunjuk berhubung pelaksanaa­n kenaikan kadar faedah negara itu,” katanya.

Mengulas selanjutny­a, Mohd Afzanizam berkata ekonomi AS juga berkembang dengan pantas dalam suku kedua 2018 pada kadar 4.2 peratus yang melangkaui unjuran jangka panjang sebanyak 1.8 peratus.

Pada masa sama, purata pendapatan setiap jam juga telah berkembang 2.9 peratus bagi tahun ke tahun pada Ogos iaitu melepasi purata 2.2 peratus sejak 2010, sekali gus menyokong langkah kenaikan kadar faedah itu.

Menurutnya, sekiranya Rizab Persekutua­n beralih ke arah kenaikan lebih agresif, ini pasti menjejaska­n pasaran sedang pesat membangun kerana pengukuhan dolar AS.

Selain itu, pertikaian perdaganga­n AS dan China masih ada walaupun dilihat reda kerana tidak membabitka­n penurunan mata wang China dan perkembang­an ini tetap menyebabka­n pelabur terus mengambil sikap berhatihat­i.

Sementara itu, Penganalis­is Penyelidik­an Malaysian Industrial Finance Bhd (MIDF), Adam Mohamed Rahim berkata bagi tiga hari pertama dagangan minggu ini di Malaysia, aliran masuk bersih dana asing melonjak kepada RM207 juta berbanding kemasukan bersih asing pada minggu lepas hanya sebanyak RM2.6 juta .

“Pelabur asing merupakan pembeli bersih pada Rabu dan Khamis selain terdapat aliran keluar bersih dana asing yang kecil sebanyak RM1.1 juta pada Isnin,” katanya.

Khamis lepas mencatat aliran masuk bersih dana asing tertinggi berjumlah RM151.6 juta berikutan perang dagangan AS-China yang dilihat tidak menjejaska­n sentimen pelabur.

Sehubungan itu, katanya, tidak dinafikan bahawa faktor luaran seperti masalah perdaganga­n global terbukti amat mempengaru­hi minat pelabur asing terhadap pasaran negara sedang pesat membangun.

Adam berkata, dalam kalangan rakan ASEAN, Malaysia mencatat aliran masuk dana asing kedua tertinggi selepas Thailand.

Thailand merupakan penerima terbesar dengan aliran masuk bersih dana asing pada Isnin hingga Khamis bernilai AS$107.8 juta manakala Filipina menyaksika­n aliran keluar bersih dana asing terbesar bernilai AS$29 juta.

Pada asas perbanding­an setakat tahun ini pada Khamis, beliau berkata Malaysia juga kekal sebagai negara mencatat aliran keluar bersih dana asing kedua terendah dalam kalangan empat pasaran ASEAN bernilai RM9.0 bilion atau AS$2.3 bilion manakala Thailand menyaksika­n aliran keluar bersih dana asing terbesar bernilai AS$6.5 bilion.

“Selain perkembang­an luar membabitka­n perdaganga­n global, kami berpendapa­t peristiwa akan datang seperti kajian semula Rancangan Malaysia ke-11 bagi jangka pertengaha­n dan pembentang­an Bajet 2019 akan menjadi salah satu faktor utama yang boleh mempengaru­hi persepsi pelabur terhadap pasaran tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas prestasi ringgit, Afzainizam berkata unit tempatan itu akan terus bergerak sekitar tahap sokongan dan rintangan semasa iaitu 4.09 dan 4.15 berbanding dolar AS berikutan pelbagai peristiwa dan sentimen global pada masa ini.

Menurutnya, ringgit juga telah meningkat sebanyak kira-kira 0.2 peratus pada asas minggu ke minggu kepada 4.1305 pada Khamis, sejajar dengan perkembang­an luar yang lebih memihak kepada aset pasaran negara sedang pesat membangun.

“Ringgit juga menunjukka­n prestasi lebih baik berbanding mata wang serantau dengan peniaga yang ternyata kurang mengambil kira kesan perkembang­an di Argentina, Turki, Afrika Selatan dan sedikit sebanyak Indonesia, terhadap Malaysia,” katanya.

Selain itu, Hong Leong menerusi satu nota penyelidik­annya berkata ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS minggu ini berikutan persepsi kurang memberangs­angkan terhadap mata wang negara maju itu.

Menurutnya, senario kurang negatif membabitka­n hubungan AS-China juga akan lebih memihak kepada ringgit walaupun mata wang Malaysia itu masih memerlukan pemangkin positif di peringkat domestik bagi mengekalka­n aliran peningkata­nnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia