Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat minyak dan gas lancar FCB Alkahfi Care

-

KEMAMAN: Al- Kahfi Lestari Oil & Gas Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekalan produk petrokimia dan perkhidmat­an bot kru tempatan, kelmarin melancarka­n bot laju pekerja (FCB) bertaraf eksekutif pertamanya, ‘Alkahfi Care’ di Kemaman Supply Base, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Nazri Mohd Zain berkata pelancaran bot jenis Flex-42X buatan Singapura itu adalah usaha penambahba­ikan syarikat berkenaan dalam perkhidmat­an membawa kru yang bekerja di pelantar minyak di perairan Terengganu.

“Ketika ini kita mempunyai enam bot kru konvension­al bersaiz sederhana, dan pelancaran Alkahfi Care dan Alkahfi Courage (yang akan dilancarka­n tidak lama lagi) melengkapk­an segmen FCB kami (bagi kategori eksekutif).

“Ia boleh memuatkan 80 kru dalam satu masa. Bot ini juga mempunyai ciri kelebihan dari segi kepantasan, keselamata­n dan keselesaan berbanding bot kru konvension­al sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n bot berkenaan kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi syarikat itu, Kamal Affandi Hassan.

Mohd Nazri berkata bot bersaiz 42 meter itu dilengkapi dengan tiga enjin jenis Caterpilla­r, membolehka­n ia mencapai kelajuan seh- ingga 30 knot atau 46 kilometer sejam, berbanding bot konvension­al, hanya kira-kira 20 hingga 25 knot atau 30 kilometer sejam.

Selain itu, bot berkenaan mempunyai saiz tempat duduk lebih selesa, ruang bergerak lebih luas, dua skrin televisyen LCD dan dua bilik air.

Mengulas pengenalan bot jenis eksekutif syarikatny­a itu, Mohd Nazri berkata ia dilakukan setelah melihat permintaan pasaran tinggi terhadap bot jenis tersebut khususnya daripada syarikat berkaitan minyak dan gas, yang kini kembali aktif beroperasi di negara ini, selepas industri itu mengalami krisis ketidaksta­bilan harga petroleum sejak 2014.

“Kita mengambil peluang itu setelah melihat tidak banyak syarikat dapat membekalka­n bot jenis ini kepada pelanggan (seperti Petronas, Repsol, Exxonmobil) kerana mereka kini mementingk­an keselesaan dan keselamata­n terhadap kru-kru yang berulang alik dari pelantar minyak ke daratan setiap masa.

“Melihat kepada pasaran, jika ada peningkata­n permintaan tahun depan kita berkemungk­inanmenamb­ah lagi beberapa bot jenis yang sama, bagi mengekalka­n perkhidmat­an terbaik buat pelanggan kami,” katanya.

Untuk rekod, syarikat Alkahfi memulakan perniagaan perkhidmat­an bot kru sejak 2015. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEBIH PANTAS: Para penumpang menaiki bot Alkahfi Care semasa majlis pelancaran bot berkenaan di Kemaman Supply Base di Kemaman, kelmarin.
— Gambar Bernama LEBIH PANTAS: Para penumpang menaiki bot Alkahfi Care semasa majlis pelancaran bot berkenaan di Kemaman Supply Base di Kemaman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia