Utusan Borneo (Sarawak)

MAMPU HADIRKAN TENTANGAN HEBAT

Edmund tetap berpuas hati dengan pencapaian atlet angkat berat pada temasya SUKMA XIX

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Ketua jurulatih skuad angkat berat Sarawak, Edmund Yeo tetap berpuas hati dengan pencapaian atlet-atletnya beraksi cemerlang pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XIX) Perak 2018 yang melabuhkan tirainya Sabtu lalu.

Meskipun tidak mencapai sasaran meraih empat pingat emas selepas sekadar membawa pulang dua emas, empat perak dan tujuh gangsa, Edmund masih boleh berbangga dengan kehebatan anak-anak didiknya kerana mampu memberi tentangan sengit kepada atlet-atlet kebangsaan.

Katanya, lebih membanggak­an apabila pemenang dua pingat emas, Jerry Gawan berjaya memperbaha­rui dua rekod kejohanan pada temasya itu.

“Secara keseluruha­n saya tetap berpuas hati dengan pencapaian skuad angkat berat negeri setelah memenangi dua pingat emas walaupun sasaran awal kita adalah empat emas.

“Kita terlepas dua pingat emas menerusi Marthini ( Chan) dan Bapi ( Muyat) selepas masing-masing kalah dengan hanya perbezaan 1kg dengan lawan dalam acara ‘snatch’.

“Semua lawan yang kita hadapi merupakan atlet-atlet skuad kebangsaan dan pelapis namun atlet-atlet kita mampu memberi cabaran sengit,” katanya di sini semalam.

Menurut Edmund, penca- paian di luar jangkaan Jerry menggondol dua emas dalam acara clean & jerk dan snatch melebihi 105kg lelaki sekali gus memecah rekod SUKMA sememangny­a amat membanggak­an.

Apatah lagi atlet muda itu berjaya menewaskan beberapa pelapis kebangsaan yang diletakkan sebagai pilihan dalam dua acara tersebut.

Secara keseluruha­n saya tetap berpuas hati dengan pencapaian skuad angkat berat negeri setelah memenangi dua pingat emas walaupun sasaran awal kita adalah empat emas.” Edmund Yeo Ketua jurulatih

Pingat perak Sarawak dimenangi Bapi Muyat (snatch 85kg lelaki), Cheerylyn Upang Ikap (clean/jerk me- lebihi 90kg wanita) dan Marthini Chan (clean/jerk & snatch 58kg wanita).

Manakala gangsa dirangkul Jeremiah Paren Mat ( clean/ jerk 105kg lelaki), Bapi Muyat (clean/jerk 85kg lelaki), Cheerylyn Upang Ikap (snatch melebihi 90kg wanita), Marthina Chan (clean/jerk & snatch 63kg wanita) dan Tarra Azahari Yeo (clean/jerk & snatch 69kg wanita).

 ??  ??
 ??  ?? BANGGA: Atlet-atlet angkat berat Sarawak bersama (berdiri dari empat kiri) Edmund dan Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Sarawak (PABNS), Gerald Rentap pada SUKMA XIX Perak 2018.
BANGGA: Atlet-atlet angkat berat Sarawak bersama (berdiri dari empat kiri) Edmund dan Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Sarawak (PABNS), Gerald Rentap pada SUKMA XIX Perak 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia