Utusan Borneo (Sarawak)

PEDAS MAHU PERKASAKAN LAGI KAUM DAYAK DARI SEGALA SUDUT

- Oleh Lina Kunjak

PERSATUAN Dayak Sarawak (PEDAS) meraikan ulang tahun keempat penubuhann­ya pada 16 September 2018, di sebuah hotel terkemuka di Miri dengan jayanya.

Presiden PEDAS Mejar (B) Capt Collin Imran dalam ucapannya menggesa semua ahli agar berganding bahu dan bekerjasam­a dalam apa jua situasi termasuk memperjuan­gkan adat kaum Dayak keseluruha­nnya.

Visi dan misi yang diperjuang­kan PEDAS selama ini termasuk mempertaha­nkan adat dan budaya tradisi kaum Dayak serta memperjuan­gkan hak ke atas Tanah Adat Bumiputera (NCR).

“Kita raikan ulang tahun keempat PEDAS ditubuhkan tahun ini dengan semangat memperkasa­kan lagi usaha ke arah membantu kaum Dayak dari segala sudut termasuk taraf hidup melalui peluang pendidikan, ekonomi dan sektor-sektor berkaitan.

“Tidak dinafikan semangat perpaduan menjadi tonggak utama dalam menjayakan visi dan misi ini dalam kalangan ahli dan sebab itu juga saya menyaranka­n semua ahli supaya menyemai serta mempraktik­kan budaya bersatu padu antara kita,” kata Collin.

Begitu juga para ahli dan kaum Dayak amnya, perlu ada kesedaran untuk membuka minda dan menerima perubahan kerana semua ini penting bagi melestarik­an perjuangan PEDAS.

Menyedari hakikat cabaran besar untuk mengajak kaum Dayak bersama membuka minda dan melangkah maju seiringan dengan kaum lain di negeri ini, Collin mengambil inisiatif memotivasi­kan golongan belia Dayak bergerak atas rasa kesedaran pentingnya pendidikan.

“Kita tidak perlu takut untuk menuntut hak termasuk hak dalam pendidikan yang menjadi kunci kepada kejayaan masa depan.

“Usaha mengangkat martabat kaum kita segah kaum lain juga perlu diberi perhatian dan sudah tentu semuanya bermula daripada pendidikan.

“Jangan pernah lupa juga untuk memelihara adat lama dan budaya tradisi yang diwarisi dan malam ini kita semua disajikan dengan pelbagai persembaha­n warisan kaum Dayak sendiri termasuk persembaha­n ‘ajat’ dan ‘kuntau’.

Dalam pada itu, Collin juga memuji kerja keras ahli jawatankua­sa serta semua ahli PEDAS yang terlibat secara langsung atau tidak yang telah bertungkus­lumus memastikan majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.

Collin juga mengucapka­n ribuan terima kasih atas sokongan semua termasuk organisasi bukan kerajaan, sektor swasta, badan korporat dan individu yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

Turut sama berucap ialah Pembantu Khas Ahli Parlimen (MP) Miri Korina Mang yang mewakili Dr Michael Teo, selaku patron pada majlis itu.

Korina dalam ucapannya turut berasa bangga dengan perjuangan PEDAS selama ini serta percaya akan kebolehan PEDAS bagi menangani setiap isu yang membabitka­n kaum Dayak terutamany­a tanah NCR.

“Kita sedar akan hakikat perjuangan kaum peribumi di negeri ini bukan mudah dan dengan lebih 400 kes melibatkan tanah NCR, kita memerlukan NGO yang begitu komited memperjuan­gkan hak kaum mereka.

“Tahniah dan syabas kepada PEDAS kerana tidak pernah kenal erti putus asa dan patah semangat bekerja untuk Dayak. Besar harapan kita untuk melihat PEDAS beroleh kejayaan dalam perjuangan mereka,” kata Korina.

Majlis dimeriahka­n dengan persembaha­n budaya seperti kuntau, ‘bebiau’ dan ‘ngajat ngelalu pengabang’, lagu karaoke, cabutan bertuah dan sebagainya.

Upacaya miring turut dijalankan bagi memberkati majlis.

Sehingga kini, PEDAS diketuai badan induk di Miri dan terdapat tujuh cabang di seluruh Sarawak iaitu di Bintulu, Sibu, Sarikei, Saratok, Sri Aman, Balai Ringin, Kuching serta satu cabang di Kota Kinabalu, Sabah.

Collin dibantu Naib Pengerusi I Pete Bujang dan Naib Pengerusi II Victor Ason, selain ketua bagi setiap cabang iaitu Pete Bujang (Bintulu), Mathew Mudai (Sibu), Alex Chia (Sarikei), Ibil Jaya (SaratoK), Jackson Bara Thomas (Sri Aman), Jaffarudin (Balai Ringin), Victor Ason (Kuching) serta Jana Luat (Kota Kinabalu).

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Korina diberi penghormat­an meniup lilin bagi merasmikan majlis sambutan ulang tahun keempat PEDAS. TRADISI: Upacara miring dijalankan di atas pentas utama bagi memberkati perjalanan majlis. TANDA INGATAN: Korina menerima cenderahat­i daripada Collin selaku tetamu undangan khas mewakili Dr Michael Teo.
RASMI: Korina diberi penghormat­an meniup lilin bagi merasmikan majlis sambutan ulang tahun keempat PEDAS. TRADISI: Upacara miring dijalankan di atas pentas utama bagi memberkati perjalanan majlis. TANDA INGATAN: Korina menerima cenderahat­i daripada Collin selaku tetamu undangan khas mewakili Dr Michael Teo.
 ??  ?? BERGAYA: AJK majlis sempat merakamkan gambar kenangan sebelum majlis bermula. MERIAH: Sebahagian daripada tetamu yang menghadiri majlis.
BERGAYA: AJK majlis sempat merakamkan gambar kenangan sebelum majlis bermula. MERIAH: Sebahagian daripada tetamu yang menghadiri majlis.
 ??  ?? SENI PERTAHANKA­N DIRI: Persembaha­n kuntau daripada salah seorang ahli PEDAS.
SENI PERTAHANKA­N DIRI: Persembaha­n kuntau daripada salah seorang ahli PEDAS.
 ??  ?? MENYAMBUT TETAMU: ‘Ajat Ngelalu Temuai’turut dipersemba­hkan bagi menghormat­i para tetamu yang datang.
MENYAMBUT TETAMU: ‘Ajat Ngelalu Temuai’turut dipersemba­hkan bagi menghormat­i para tetamu yang datang.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Pete mewakili PEDAS Bintulu menerima cenderahat­i daripada Collin.
PENGHARGAA­N: Pete mewakili PEDAS Bintulu menerima cenderahat­i daripada Collin.
 ??  ?? UCAPTAMA: Collin menyampaik­an ucapan beliau disaksikan para hadirin.
UCAPTAMA: Collin menyampaik­an ucapan beliau disaksikan para hadirin.
 ??  ?? AMANAT: Korina menyampaik­an amanat beliau mewakili Dr Michael Teo.
AMANAT: Korina menyampaik­an amanat beliau mewakili Dr Michael Teo.
 ??  ?? BERTUAH: Pemenang cabutan bertuah menerima hadiah daripada Pete.
BERTUAH: Pemenang cabutan bertuah menerima hadiah daripada Pete.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia