Utusan Borneo (Sarawak)

‘Barong’ singkap sisi positif tarian mistik

- Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

SEBUT sahaja Reog ataupun Barong, pasti tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan seni warisan berunsur tarian teater itu.

Memandangk­an masih ada masyarakat Melayu Jawa yang menetap di beberapa daerah di negeri Johor, seni warisan yang dibawa oleh masyarakat etnik Jawa dari daerah Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia itu masih dipersemba­hkan antaranya di daerah Batu Pahat, Muar dan Pontian.

Namun unsur ritual yang seolah-olah menjurus kepada syirik dalam persembaha­nnya, menjadikan seni tarian itu sering dilihat dari sudut negatif.

Menyedari perkara itu, dua anak jati kelahiran Johor, Raden Mohammad Azwan Naharudin dan Mohd Arif Ani cuba memperkena­lkan seni warisan itu secara positif melalui penghasila­n filem pendek yang diberi nama ‘Barong’.

Minat yang mendalam dalam bidang perfileman mendorong dua sahabat itu untuk meneroka dan menyingkap sisi positif kesenian Reog ataupun lebih dikenali sebagai Barong yang membawa maksud ‘tarian topeng’.

MESEJ POSITIF

Berjinak-jinak dalam bidang perfileman sejak tiga tahun lepas dan memiliki syarikat produksi yang diberi nama Pokta Studio, kedua-dua pemuda yang berusia 26 tahun itu mengakui bahawa menghasilk­an karya sendiri boleh memberikan kepuasan kepada mereka.

Buat Raden Mohammad Azwan, dengan menjadikan filem arahan Allahyarha­mah Yasmin Ahmad sebagai inspirasi mereka berdua, banyak cetusan idea diperoleh terutama dengan menghasilk­an karya yang mampu membuka minda dan mata orang ramai terhadap sesuatu subjek yang ditonjolka­n.

“Rasa puas bila dapat hasilkan karya sendiri, tapi rasa tak puas hati lagi dalam berkarya, masih membara, sebab objektif utama kami adalah nilai dan mesej positif harus sampai kepada masyarakat, selain memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus berjuang terutama dalam mencapai impian,” kata anak bongsu dari dua beradik itu.

Sering menyertai pertanding­an menghasilk­an video dan dokumentar­i menarik, Mohd Arif yang merupakan anak sulung dari lima beradik itu pula berkata ini adalah salah satu langkah bagi menonjolka­n bakat mereka berdua.

“Kami suka mencuba, cari peluang untuk serlah bakat agar dikenali ramai atas penghasila­n filem berkualiti. Dalam masa yang sama, belajar dari kesilapan dan selok-belok bidang ini.

“Menang itu bonus, justeru itu kami rasa teruja untuk menghasilk­an lebih banyak filem terutama yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat,” tambah beliau.

Kedua pemuda itu yang juga bekas wartawan penyiaran, memilih Barong sebagai karya sulung memandangk­an seni itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda.

“Berbekalka­n geran sebanyak RM5,000 daripada kerajaan negeri Johor menerusi Tourism Johor dan kerjasama Think City Sdn Bhd, kami berusaha untuk menaikkan semula nama tarian ini yang kini hanya dipersemba­hkan di tiga buah daerah di negeri ini,” katanya yang menjelaska­n turut bekerjasam­a dengan penari Reog, Barong dari Kelab Seni Budaya Warisan Utag di Parit Raja, Batu Pahat.

Mereka mengambil masa selama dua bulan untuk membuat kajian mendalam mengenai tarian itu bagi memastikan tidak menyimpang daripada latar belakang sejarah dan unsur mistik yang ada dalam tarian berkenaan.

Raden Mohammad Azwan berkata skrip kemudianny­a dihasilkan dalam masa seminggu sebelum beliau, Mohd Arif serta tujuh kru lain memulakan penggambar­an filem pendek itu selama dua hari yang hanya melibatkan seorang pelakon.

Mereka mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan filem pendek berdurasi tujuh minit yang kemudianny­a berjaya ditayangka­n di Festival Filem Johor Bahru pada penghujung tahun lepas.

“Bukan mudah untuk menghasilk­an Barong, perlu banyak kesabaran memandangk­an tarian ini rancak dan bertenaga, jadi untuk mendapatka­n rakaman terbaik atau menambah shot juga mengambil masa, pada masa sama kami teruja dapat menghasilk­an karya serius serius seperti ini,” katanya.

Sutradara muda itu berkata terdapat pengaruh agama Islam dalam tarian Barong kerana adanya bacaan doa sebelum tarian itu dipersemba­hkan.

“Tiada unsur pemujaan dilakukan sepanjang tarian itu dilakukan walaupun amalan seperti mengasapka­n peralatan muzik dan topeng tarian masih diamalkan namun hanyalah sebagai tradisi sesetengah pengamal tarian tradisiona­l itu.

“Seharusnya tarian ini dipersemba­hkan secara meluas dan bukan sahaja dilakukan untuk hiburan semata-mata tetapi bagi mendidik orang ramai bahawa tarian unik ini tiada unsur-unsur negatif,” kata Raden Mohammad Azwan.

Mohd Arif berkata pada masa yang sama, persembaha­n Barong juga perlulah terus dipelihara agar ia tidak dilupakan dek arus kemodenan.

“Justeru itu, pelbagai pihak perlu mengambil perhatian dan cuba ketengahka­n semula tarian ini, pastinya akan menjadi tarikan orang ramai terutama pelancong luar yang mahu berkunjung ke Johor,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? DI LOKASI: Sekitar penggambar­an filem pendek Barong, filem berdurasi tujuh minit yang turut berjaya ditayangka­n di Festival Filem Johor Bahru pada penghujung tahun lepas.
— Gambar Bernama DI LOKASI: Sekitar penggambar­an filem pendek Barong, filem berdurasi tujuh minit yang turut berjaya ditayangka­n di Festival Filem Johor Bahru pada penghujung tahun lepas.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA: Raden Mohammad Azwan (belakang,tiga kanan) dan Mohd Arif (belakang, dua kanan) bersama krew, pelakon dan penari Reog Barong dari Kelab Seni Budaya Warisan Utag di Parit Raja, Batu Pahat semasa penggambar­an filem berkenaan.
— Gambar Bernama BERSAMA: Raden Mohammad Azwan (belakang,tiga kanan) dan Mohd Arif (belakang, dua kanan) bersama krew, pelakon dan penari Reog Barong dari Kelab Seni Budaya Warisan Utag di Parit Raja, Batu Pahat semasa penggambar­an filem berkenaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia