Utusan Borneo (Sarawak)

HASRAT KEKAL WARISAN LEBUR

297 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran Rumah Dagum pagi semalam.

- Oleh Michael Ubam

SONG: Hasrat penghuni Rumah Dagum Sangai mengekalka­n warisan rumah panjang lama lebur apabila 297 penghuniny­a tinggal sehelai sepinggang setelah api meranapkan kediaman mereka pagi semalam.

Rumah Dagum yang berusia lebih 30 tahun dan mempunyai 32 pintu terletak di Nanga Makut, Katibas kira-kira satu jam setengah perjalanan menaiki bot dari pekan Song, musnah dijilat api sekitar jam 8 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Song ASP Balie Jelian berkata, keseluruha­n rumah panjang itu musnah namun semua penghuni sempat menyelamat­kan diri.

“Tuai Rumah Dagum serta penduduk rumah panjang hanya sempat menyelamat­kan diri namun harta benda milik mereka musnah.

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan,” katanya.

Punca dan kerugian sebenar belum dapat dipastikan sehingga berita ini ditulis.

Menurut Balie, rumah panjang tersebut diperbuat daripada kayu dan terletak di kawasan pedalaman sungai.

Katanya, selain pasukan polis yang membuat pemantauan berterusan, pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Song dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Song turut dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n tugas serta menyediaka­n bantuan sewajarnya kepada mangsa kebakaran.

“Kesemua mangsa kebakaran yang terjejas diarahkan untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bedil, Katibas yang dijadikan sebagai tempat perlindung­an sementara,” tambahnya.

Difahamkan, kebanyakan penghuni rumah panjang yang dibina awal 80-an terbabit telah membaik pulih kerosakan rumah panjang mereka setahun dua ini.

“Mereka memilih tidak membina rumah panjang baharu untuk mengekalka­n struktur lama sebagai rumah panjang warisan,” kata saudara terdekat kepada salah seorang penghuni Rumah Dagum yang pernah memenangi anugerah rumah panjang tercantik di Batang Katibas.

Maklumat lanjut mengenai kejadian daripada BBP Song masih belum diperolehi memandangk­an mereka masih berada di lokasi kejadian sehingga berita ditulis, berikutan liputan talian telekomunk­asi yang bermasalah dan sukar dihubungi.

Kebakaran Rumah Dagum itu merupakan kes kebakaran ke- 14 melibatkan rumah panjang di Sarawak pada tahun ini.

 ??  ?? MENYAYAT HATI: Keadaan kebakaran Rumah Dagum Sangai, Nanga Makut, Katibas yang dimuat naik dalam media sosial Facebook pagi semalam.
MENYAYAT HATI: Keadaan kebakaran Rumah Dagum Sangai, Nanga Makut, Katibas yang dimuat naik dalam media sosial Facebook pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia