Utusan Borneo (Sarawak)

PGA RAMPAS ROKOK, MINUMAN KERAS BERNILAI RM115,424

-

KUCHING: Risikan selama dua minggu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak membawa kepada penemuan 71 kotak berisi 5,320 karton rokok pelbagai jenama tanpa cukai dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Stakan di sini, semalam.

Komander Briged Sarawak PGA SAC Datuk Khaw Kok Chin berkata, turut ditemui dan dirampas ialah 20 kotak minuman keras tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan anggaran nilai keseluruha­n rampasan RM115,424.

Menurutnya, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 21 hingga 65 tahun turut ditangkap dalam operasi sekitar jam 10 pagi itu.

“Satu serbuan telah dilakukan di mana pemeriksaa­n awal berjaya menahan sebuah van yang membawa muatan 20 kotak minuman keras dan hasil pemeriksaa­n lanjut di hadapan premis yang dijadikan stor tersebut membawa kepada penemuan pelbagai jenis rokok.

“Siasatan lanjut mendapati ketigatiga suspek iaitu pemandu van dan pembantuny­a serta pemilik premis gagal menunjukka­n sebarang dokumen percukaian yang sah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media berhubung kejayaan tersebut di sini, semalam.

Khaw berkata, tangkapan dan rampasan di bawah Ops Libas tersebut akan diserahkan kepada JKDM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 Akta Kastam.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui dari mana datangnya rokok-rokok ini.

“Berdasarka­n kes-kes sebelum ini, modus operandi barangbara­ng tersebut dibawa masuk adalah melalui sempadan atau laut, namun tidak semestinya ia dirampas di Kuching maka ia datang dari sempadan di Kuching, ada kemungkina­n ia dibawa dari bandar lain,” jelasnya.

Justeru, Khaw memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurka­n maklumat berhubung kegia tankegiata­n jenayah rentas sempadan seperti penyeludup­an.

Untuk tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 39 kes dicatatkan di bawah Ops Libas dengan jumlah rampasan keseluruha­n mencecah RM9,207,045.

Selain itu, seramai 223 individu ditangkap yang terdiri daripada 156 lelaki dan 40 wanita warga asing serta 27 lelaki tempatan sepanjang tempoh tersebut.

 ??  ?? RAMPAS: Khaw menunjukka­n kotak-kotak berisi rokok yang dirampas dan akan diserahkan kepada JKDM untuk tindakan selanjutny­a.
RAMPAS: Khaw menunjukka­n kotak-kotak berisi rokok yang dirampas dan akan diserahkan kepada JKDM untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia