Utusan Borneo (Sarawak)

Semua pelajar pusat tahfiz di Kepong sudah bercuti

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Semua 43 pelajar pusat tahfiz di Kepong, yang pengetuany­a didakwa meliwat sembilan pelajarnya, telah diarahkan bercuti dan pulang ke kediaman masing-masing kelmarin.

Seorang pentadbir pusat tahfiz berkenaan, yang namanya enggan dikenali, berkata arahan bercuti serta- merta itu dikeluarka­n oleh pusat tahfiz berkenaan namun sehingga bila tidak diketahui.

“Arahan bercuti ini kerana ada gangguan daripada pihak media, pelajar-pelajar kami tertekan... saya khuatir maklumat daripada anakanak ini akan disalah tafsir, bukan sebab seperti kes yang dilaporkan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Pada 13 September, seorang pemilik pusat tahfiz berkenaan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual, selain meliwat sembilan pelajar berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata susulan daripada arahan bercuti itu, pusat tahfiz berkenaan yang beroperasi di bangunan premis kedai pangsapuri ditutup sementara.

Sebelum itu, Pengarah Eksekutif (Pengurusan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL), Datuk Mustafa Mohd Nor melawat ke pusat tahfiz berkenaan bagi mendapatka­n maklumat dan membuat pemeriksaa­n pusat berkenaan.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas lanjut hasil pertemuan itu sehingga laporan siasatan selesai.

Terdahulu, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad semalam telah mengarahka­n DBKL untuk menutup semua pusat tahfiz yang didapati tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram di sekitar ibu negara.

Katanya, ia bagi memastikan keselamata­n dan kebajikan pelajar-pelajar terjamin serta imej institusi keagamaan Islam terpelihar­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia