Utusan Borneo (Sarawak)

Penggunaan bot pam masih diteliti

- — Bernama

KOTA KINABALU: Isu penggunaan bot pam di perairan Sabah khususnya di pantai timur negeri itu masih diteliti oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa, kata Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

Beliau berkata setakat ini kebenaran hanya diberikan kepada nelayan kecil bagi menangkap ikan di kawasan pesisir pantai, bukan di laut.

“Kita akan akur terhadap sebarang keputusan yang diambil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan dan amanat Pesuruhjay­a Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Ke- payan, di sini semalam.

Pengharama­n bot pam itu itu dikuatkuas­akan pada April 2016 khususnya bertujuan mengekang penggunaan bot tersebut oleh warga asing dalam usaha meningkatk­an keselamata­n di kawasan perairan Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah ( ESSZone).

Bagaimanap­un pada 23 Mei lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membenarka­n semula penggunaan bot pam di kawasan pesisir pantai bagi membantu golongan nelayan mencari rezeki.

Mengulas perkembang­an lain, Omar berkata pihaknya belum menerima lapo- ran daripada pelakon yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik ketika menjalani penggambar­an filem di Semporna baru-baru ini.

“Kita telah minta kepada beliau (pelakon) untuk membuat laporan polis tapi setakat ini tiada laporan polis dibuat cuma membuat kenyataan di dalam media dan sekiranya betul ada cubaan menculik buatlah laporan polis,” katanya.

Bulan lepas, akhbar melaporkan pelakon Hairul Azreen dan Ammar Alfian mendakwa mereka hampir menjadi mangsa culik lanun ketika menjalani penggambar­an filem Paskal di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia