Utusan Borneo (Sarawak)

GPS perlu selesai isu berkaitan Sarawak

Ia bagi memastikan parti dari Semenanjun­g tidak diterima di negeri ini: Minos

-

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu menggunaka­n sepenuhnya kesempatan yang ada dengan menyelesai­kan isu berkaitan Sarawak bagi memastikan parti dari Semenanjun­g tidak diterima di negeri ini.

Veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Datuk Peter Minos berkata, ia termasuk terus memperjuan­gkan isu seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta peratusan royalti minyak dan gas kepada Sabah dan Sarawak.

“GPS mempunyai sebab sebenar dalam memperjuan­gkan hak Sarawak dan ia adalah isu penting.

“Ia juga akan memastikan parti- parti politik berasal dari Semenanjun­g termasuk rakan tempatan mereka di sini tidak diterima sepenuhnya di Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Minos berkata, beliau sebelum ini pernah ditegur oleh ‘individu’ semasa satu majlis yang menyatakan bahawa ‘pastikan GPS menang pada Pilihan Raya Negeri akan datang dan tidak memben- arkan parti dari Semenanjun­g menguasai Sarawak’.

Katanya, jika sentimen individu berkenaan menggambar­kan situasai politik Sarawak, maka GPS mempunyai masa depan.

“Saya percaya sentimen sedemikian memang wujud dan sebab itu GPS terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menggunaka­n kesempatan sepenuhnya terutama ke arah PRN 2021 nanti,” tegasnya.

Beliau berkata selain daripada isu royalti dan MA63, baru-baru ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah berjanji di hadapan rakyat untuk mengembali­kan status ‘kesaksamaa­n’ kepada Sabah dan Sarawak.

Namun ujar beliau ada dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak merasakan ia adalah salah satu daripada ‘helah’ kerajaan persekutua­n yang dimainkan mereka.

Minos berkata, jika tiga perkara berkenaan tidak diselesaik­an dengan segera ia pasti akan mengguris perasaan rakyat Sabah dan Sarawak.

Maka itu kata beliau, amat penting kepada kerajaan persekutua­n memberi pengiktira­fan kepada Sabah dan Sarawak yang ternyata ketinggala­n dari segi ekonomi berbanding Semenanjun­g, tanpa meletakkan sebarang alasan.

“Sikap kerajaan persekutua­n dikawal dan didominasi oleh individu atau parti politik dari Semenanjun­g.

“Jika ia sikap yang ikhlas dan mesra, ia memang baik tetapi jika sebaliknya ia mungkin agak sukar kepada Sabah dan Sarawak,” tegas beliau.

Justeru katanya dalam situasi berkenaan, adalah amat penting kepada GPS untuk memperjuan­gkan hak Sarawak.

GPS mempunyai sebab sebenar dalam memperjuan­gkan hak Sarawak dan ia adalah isu penting. Datuk Peter Minos Veteran PBB

 ??  ?? PETER MINOS
PETER MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia