Utusan Borneo (Sarawak)

BCPA Bintulu mengadakan Majlis Makan Malam Amal

-

BINTULU: Persatuan Penganut Kristian Protestan Bintulu (BCPA) Bintulu akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal di Dinner World Restaurant di sini pada 3 November depan.

Timbalan Pengerusi BCPA Bintulu Raisa Emelda Belaja berkata acara itu bermula sekitar jam 6.30 petang.

Ini disusuli pelancaran Tabung Kebajikan BCPA yang berperanan menyalurka­n bantuan kepada setiap ahli persatuan yang ditimpa musibah serta memerlukan bagi meringanka­n beban mereka.

BCPA merupakan persatuan yang didaftarka­n di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Sarawak, kini menjangkau usia dua setengah tahun. Ia bagi menyatukan semua penganut Kristian daripada pelbagai mazhab di Bintulu melalui konsep keprihatin­an dalam soal kebajikan serta pengelolaa­n pelbagai program kerohanian.

Ini adalah usaha ke arah meningkatk­an serta mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur serta nilai negatif yang mempunyai tujuan sangat jelas seperti digariskan dalam Fasal 3 Perlembaga­an BCPA.

“Seperti pertubuhan lain, BCPA tetap memerlukan dana bagi menjalanka­n pelbagai program yang dapat memberi manfaat kepada penganut Kristian seiring dengan slogan BCPA iaitu ‘ Living With Purpose,” jelasnya.

Justeru, beliau mewakili BCPA menjemput warga Kristian di sini yang berhasrat membantu penubuhan tabung kebajikan, agar datang menghadiri majlis makan malam itu sambil menyumbang.

Harga tiket ialah RM550 semeja atau RM55 seorang.

Individu yang ingin menyertai majlis itu boleh mendapatka­n tiket berharga RM55 seorang dengan menghubung­i talian 013-5724059 atau e-mel ke bcpa.ccpc@gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia