Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran masuk ke MTD 2019/2020 kini dibuka

-

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) menyeru anak watan negeri Sarawak untuk memasuki Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi sesi 2019/2020.

Tawaran kemasukan ke tingkatan empat sesi 2019/2020 MTD terbuka kepada pelajar lelaki tingkatan tiga melalui laman sesawang www.rmc.edu.my.

Sementara itu, ibu bapa juga harus memberi sokongan sepenuhnya kepada anak-anak untuk menyertai MTD bagi melahirkan bakal- bakal pemimpin masa depan.

Pengambila­n Putera Baru untuk kemasukan ke tingkatan empat sesi 2019/2020 ditawarkan kepada pelajar lelaki tingkatan tiga.

Syarat-syarat kemasukan ialah warganegar­a Malaysia yang tidak melebihi usia 16 tahun pada 1 Januari 2019, dengan ketinggian minimum 152 sentimeter dan berat minimum 40.5 kilogram.

Pemohon juga mempunyai tubuh yang sihat dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratk­an diri jika melakukan aktiviti ketenteraa­n yang lasak.

Memperoleh­i keputusan yang baik sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaa­n PT3 2018 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform.

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlan­gan akademik, insurans dan kebajikan.

Semua kemudahan yang disediakan adalah percuma meliputi makanan, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform.

Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku RM100 setiap bulan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03-89465565/0389655562

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada pejabat PVTMS di talian 084-349 755/010-933 7056 atau Presiden Thomas Ling Kui Eng di talian 019-8890705.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia