Utusan Borneo (Sarawak)

Berbasikal menjelajah Sarawak untuk tujuan amal Ahli Bicycle Buddies dari UK, HK kutip dana bantu badan amal hospis, sepsis, tumor otak di seluruh dunia

- Oleh Henrietta Liza

BAU: Rakan berbasikal wanita Bicycle Buddies dari United Kingdom ( UK) dan Hong Kong (HK) menjelajah Sarawak dalam usaha untuk mengutip dana bagi membantu badan amal hospis, sepsis dan tumor otak di seluruh dunia.

Menurut Ketua Jelajah Bicycle Buddies Yvonne Konieczna, pihaknya telah mengumpulk­an seramai 28 rakan yang mempunyai minat yang sama dari UK untuk menyertai bagi mendapatka­n kutipan berjumlah GPB 30,000.

“Pada mulanya seorang rakan senegara menceritak­an pengalaman menarik beliau ke Sabah dan saya dan rakan Mel Greenway berhasrat untuk menjelajah Borneo dan kami mencari maklumat dalam talian.

“Kami bernasib baik kerana pemilik Paradesa Borneo JC Chua telah mengatur dan memberi sebanyak mungkin maklumat yang penting tentang Sarawak.

“Dan kami tertarik kerana di sini juga mempunyai perkhidmat­an menyewa basikal.

“Justeru, kami telah ke Rumah Panjang Annah Rais di Padawaan hari ini di Bazar Siniawan, selepas ini ke Taman Negara Kubah dan seterusnya ke Bazar Lundu pada 27 September iaitu perjalanan sejauh 50 ke 60km sehari,” katanya ketika ditemui di pekan Siniawan semalam.

Pada masa yang sama, pihaknya berhasrat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya penyakit sepsis iaitu jangkitan yang berlaku pada anggota badan termasuk tisu dan saluran darah manusia.

Dengan kehadiran bakteria berbahaya seperti e.coli, listeria monocytone­ges, streptococ­cus pneumo- niae, haemophilu­s influenzae jenis B menjadikan ia lebih kronik dan berupaya membawa maut.

Penyakit ini katanya mendapat perhatian dan paparan meluas di UK.

Para peserta wanita yang menyertai jelajah itu berumur dalam lingkungan 25 hingga 70 tahun telah menjalani latihan khusus untuk menjayakan hasrat mereka itu.

Bagaimanap­un. kata Mel cuaca di Sarawak agak panas dan amat berbeza berbanding di negaranya sendiri dan keadaan laluan yang agak curam serta berbukit-bukau di sini.

Akan tetapi, kesemua peserta menyatakan rasa senang kerana dilayan dengan ramah dan sangat baik ditambah dengan makanan serta tempat yang dilawati amat unik dan menarik perhatian.

Beliau turut memuji jalan raya di Sarawak, berbeza dengan di UK yang mempunyai banyak lubang.

Pihaknya akan berangkat pulang ke UK pada 28 September ini.

Turut hadir Pengurus Komunikasi Bahagian Pemasaran Lembaga Pelanconga­n Sarawak ( STB) Gustino Basuan dan Heidi Tay.

Pada mulanya seorang rakan senegara menceritak­an pengalaman menarik beliau ke Sabah dan saya dan rakan Mel Greenway berhasrat untuk menjelajah Borneo dan kami mencari maklumat di atas talian. Yvonne Konieczna Ketua Jelajah Bicycle Buddies

 ??  ?? UNTUK KEBAJIKAN:Para peserta Bicycle Buddies dari UK merakam kenangan bersama wakil STB dan Paradesa Borneo di Bazar Siniawan semalam sebelum meneruskan perjalanan ke Lundu.
UNTUK KEBAJIKAN:Para peserta Bicycle Buddies dari UK merakam kenangan bersama wakil STB dan Paradesa Borneo di Bazar Siniawan semalam sebelum meneruskan perjalanan ke Lundu.
 ??  ?? PENUTUPAN JALAN: Rodziah (dua kiri) bercakap dalam sidang media bersama Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) BDA Wan Ibrahim Wan Ali (tiga kanan) serta para pengurus kanan BDA serta pihak PDRM.
PENUTUPAN JALAN: Rodziah (dua kiri) bercakap dalam sidang media bersama Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) BDA Wan Ibrahim Wan Ali (tiga kanan) serta para pengurus kanan BDA serta pihak PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia