Utusan Borneo (Sarawak)

Penutupan jalan sempena Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo Bintulu

-

BINTULU: Sempena penganjura­n Festival LayangLaya­ng Antarabang­sa Borneo Bintulu (BIKF) 2018 pada 26 hingga 30 September di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, laluan Jalan Sultan Iskandar ( seberang SK St Anthony) hingga ke lampu isyarat Jalan Paragon ditutup sementara mulai jam 8 pagi hingga 6 petang dalam tempoh penganjura­n festival berlangsun­g, kata Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) Rodziah Morshidi.

Selain itu katanya, Lebuh Raya Abang Galau, Jalan Keppel dan Jalan Law Gek Soon juga akan ditutup mulai jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi pada 29 September untuk memberi laluan kepada acara perarakan para peserta festival layang-layang terbabit.

“Kawalan trafik dijadual akan bermula pada tarikh dan masa yang ditetapkan namun masanya akan berubah bergantung kepada keperluan di kawasan itu dan bergantung kepada pertimbang­an pihak polis trafik dan penguat kuasa BDA yang bertugas pada waktu itu,” ujarnya pada sidang media di Wisma Bintulu di sini, semalam.

Jelasnya, penguat kuasa BDA dan polis trafik akan ditempatka­n di kawasan terbabit untuk mengawal lalu lintas dan sebagai langkah keselamata­n pengguna jalan raya tidak dibenarkan parkir atau meletak kenderaan di sepanjang jalan berhampira­n tapak permainan layanglaya­ng terbabit.

“Orang ramai yang mengguna kenderaan ke tapak festival dinasihati menggunaka­n laluan alternatif lain.

“Laluan menghala ke pusat bandar tidak akan ditutup namun orang ramai diingatkan agar merancang perjalanan lebih awal dan memandu dengan penuh berhati-hati semasa festival itu berlangsun­g,” tambahnya.

BDA juga akan menutup Tebingan Promenade Bintulu kepada orang awam bermula serta-merta sekali gus akan dibuka semula kepada umum pada Mac 2019.

Kemudahan tandas awam juga ditutup di kawasan itu serentak dengan penutupan tebingan itu bertujuan memberi laluan dan ruang kepada pembinaan besar-besaran di tebingan itu.

Akses ke kawasan itu adalah terhad dan tiada ruang parkir awam sepanjang proses pembinaan itu.

Kerja penyelengg­araan dan pemulihan akan dilakukan di sebahagian daripada tebingan tersebut dan orang awam dinasihati melihat tanda-tanda amaran yang diletakkan serta mengambil langkah berjagajag­a di dalam kawasan atau berdekatan tebingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia