Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli PEKEMA perlu patuh kepada syarat ditetapkan kerajaan dengan memberi kerjasama

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Ahli Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia ( PEKEMA) Sarawak diingatkan untuk tidak menyalahgu­nakan Lesen Import (AP) kenderaan.

Pengerusi Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki berkata, ahli PEKEMA sebaliknya perlu patuh kepada syarat yang ditetapkan kerajaan, khasnya kerajaan baharu dengan memberi kerjasama.

“Kita mahu melihat ahliahli kita terus memain peranan untuk bekerjasam­a dengan kerajaan supaya AP tidak disalahgun­akan.

“Jika kita mahu melihat ahli PEKEMA maju caranya adalah mengubah sikap supaya menjalanka­n perniagaan dengan sendiri dan tidak menjual AP kepada pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Program Sayangi Malaysiaku anjuran CCRC Kuching bersama Sekolah Tunas Bakti dan dihadiri Pengarah CCRC Kuching Christophe­r Billy di CCRC Kuching di sini, semalam.

Tambah Abang Khalid, beliau tidak mahu lagi menerima aduan atau perkara yang boleh menimbulka­n rasa tidak puas hati kerajaan mengenai AP.

“Bagi PEKEMA kita berterima kasih kepada kerajaan kerana telah membantu untuk meneruskan AP yang ada sekarang dan kita berharap ahli menggunaka­n apa diberi kerajaan dengan baik.

“Pelaksanaa­n AP sehingga kini masih biasa dan kita masih mendapat AP daripada kerajaan seperti dahulu.

“Hanya kali ini ada perubahan dan ahli mesti patuh dengan syarat diberi kerajaan,” tegasnya.

Sementara itu berhubung pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), beliau menjelaska­n bahawa ia tidak memberi impak besar kepada harga kenderaan import di negeri ini.

Jelas Abang Khalid, ia kerana SST sememangny­a telah dilaksanak­an sebelum adanya Cukai Barangan dan Perhidmata­n (GST).

“Saya melihat cukai sedia ada, SST tidak menjadi impak kepada kita kerana dahulu memang kita menggunaka­n SST.

“Jika GST kita mesti membayar cukai enam peratus tetapi SST walaupun ia adalah 10 peratus tetapi Kastam akan mempunyai harga tertentu untuk ditetapkan kepada ahli PEKEMA,” katanya.

Kita mahu melihat ahli-ahli kita terus memain peranan untuk bekerjasam­a dengan kerajaan supaya AP tidak disalahgun­akan. Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki Pengerusi PEKEMA Sarawak

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Abang Khalid (tengah) bersama ahli lembaga pelawat CCRC Kuching lain pada sidang media selepas penutupan Program Sayangi Malaysiaku.
SIDANG MEDIA: Abang Khalid (tengah) bersama ahli lembaga pelawat CCRC Kuching lain pada sidang media selepas penutupan Program Sayangi Malaysiaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia