Utusan Borneo (Sarawak)

Pelatih CCRC Kuching bakal dapat kemahiran bercucuk tanam

-

KUCHING: Pelatih di Cure and Care Rehabilita­tion Center ( CCRC) Kuching bakal mendapat kemahiran dalam aktiviti bercucuk tanam secara moden sebagai bekalan apabila mereka keluar nanti.

Ia ekoran daripada kerjasama CCRC bersama sebuah syarikat swasta melalui projek fertigasi tanaman cili dan rock melon apabila satu memorandum persefaham­an ( MoU) diadakan di sini, semalam.

Mou itu ditandatan­gani Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat CCRC Kuching Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki dan Pengarah AMARCO Enterprise Awang Mahathir Awang Redzuan di CCRC di sini.

Abang Khalid berkata, CCRC membawa satu lagi usaha bekerjasam­a dengan pihak swasta untuk membantu pelatih atau penghuni CCRC melalui program fertigasi iaitu bercucuk tanam.

“Kita bersyukur juga kerana Kerajaan Sarawak telah memberi peruntukan bagi program ini, yang dapat mendedahka­n pelatih bercucuk tanam.

“Hasilnya nanti akan dijual di luar dan keuntungan akan dikembalik­an kepada pelatih terlibat.

“Inilah program yang kita laksanakan untuk membantu m e m p e l a j a r i a k t i v i t i berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatan­gani MoU dan merasmikan Program Sayangi Malaysiaku anjuran CCRC Kuching bersama Sekolah Tunas Bakti dan dihadiri Pengarah CCRC Kuching Christophe­r Billy.

Tambah Abang Khalid, ia bagi menggalakk­an pelatih bergiat dalam aktiviti berkenaan sebagai kemahiran yang dapat mereka guna apabila keluar nanti.

“Kita t i dak mahu menganggap mereka di sini sebagai orang yang dihukum tetapi menganggap mereka sebagai pelajar agar mereka sedar bahawa masyarakat masih sayangkan mereka,” katanya dengan harapan mereka berubah demi masa depan lebih baik.

Sementara itu Christophe­r berkata, usaha projek fertigasi berkenaan akan memberi kesan baik kepada pelatih kerana ia memberi pendedahan kemahiran untuk mengendali­kan fertigasi penanaman cili dan rock melon.

“Sudah menjadi harapan kepada ahli lembaga pelawat dan kami agar mereka keluar nanti mempunyai kemahiran yang boleh digunakan sebagai sara hidup mereka,” katanya.

Pihak ahli Lembaga Pelawat melaksanak­an projek tanaman cili berkonsepk­an teknologi fertigasi adalah untuk memberi pendedahan kemahiran secara teori dan praktikal kepada klien CCRC Kuching sebagai bekalan apabila menamatkan program rawatan dan pemulihan dalam institusi.

Mengenai program Sayangi Malaysiaku, Abang Khalid dalam ucapannya berharap aktiviti sedemikian mampu mengubah minda pelatih demi masa depan mereka.

Katanya pelatih CCRC Kuching, Sekolah Tunas Bakti Kuching dan Asrama Akhlak Kuching perlu mengubah tindakan dan memulakan pembaharua­n diri mereka.

 ??  ?? METERAI: Abang Khalid (tiga kiri) mewakili ahli lembaga pelawat CCRC bertukar dokumen yang ditandatan­gani dengan Awang Mahathir (empat kiri) sambil disaksikan yang lain, semalam.
METERAI: Abang Khalid (tiga kiri) mewakili ahli lembaga pelawat CCRC bertukar dokumen yang ditandatan­gani dengan Awang Mahathir (empat kiri) sambil disaksikan yang lain, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia