Utusan Borneo (Sarawak)

Kak Semah berjaya hasilkan kuih bulan gergasi

-

KUCHING: Kreativiti seorang usahawan wanita berjaya menghasilk­an sebiji kek coklat replika kuih bulan, makanan tradisi masyarakat Cina semasa sambutan perayaan pertengaha­n musim luruh.

Lebih unik replika kuih bulan berdiamete­r 63.5 cm, tinggi 12.7 cm dan berat kira- kira 60 kilogram itu, dihasilkan Noor Asmah Mohamed Mokhtar, 42, bukan untuk dijual sebalik bagi meraikan perayaan tersebut yang disambut semalam.

Bercakap kepada BERNAMA, usahawan yang membahasak­an diri sebagai Kak Semah itu berkata, kek tersebut juga dihasilkan sebagai menghargai peluang dijemput untuk membuka gerai jualan sempena Festival Kuih Bulan Antara Budaya yang diadakan di Lebuh Carpenter di sini sejak 17 September lalu dan berakhir malam tadi.

Beliau berkata, kek coklat replika kuih bulan ini dihasilkan menerusi idea bersama pembantuny­a Dayang Sajida Abang Burhanuddi­n, 27.

“Replika kuih bulan ini dihasilkan menggunaka­n empat lapis kek coklat yang disiapkan malam tadi sebelum disejukkan. Hari ini proses diteruskan dengan menyusun kek coklat tersebut setiap lapisan diletakkan paipan krim segar dan inti butterscot­ch yang membentuk ketinggian 12.7 cm,” katanya di sini.

Kak Semah berkata, beliau bersama Dayang Sajida dibantu Mohamad Ghazali Mohamad Sula, 32, dan Lee Chee Teck, 29, meneruskan proses menyusun kek ‘swiss roll’ di bahagian tepi kek coklat untuk membentuk rekaan sama seperti kuih bulan asli.

“Kemudian aising fondan diletakkan di bahagian atas kek coklat. Proses diteruskan dengan membuat dekorasi ucapan ‘Happy Mid Autumn Festival’ dengan tulisan Cina dan corak bunga teratai juga menggunaka­n aising fondan,” katanya.

Kak Semah berkata, proses dekorasi yang bermula sekitar jam 11 pagi semalam berakhir sekitar 5.30 petang, diselesaik­an dengan proses menyemburp­ewarnamaka­nan coklat kepada kek coklat itu untuk memberi warna seakan kuih bulan asli.

BERNAMA pernah menyiarkan kisah usahawan wanita ini yang mula membuat dan menerima tempahan kuih bulan sejak 2010 sekitar September tahun lalu, menyaksika­n beliau dijemput membuka gerai jualan sempena sambutan perayaan di Lebuh Carpenter tahun ini.

“Kek coklat replika kuih bulan ini dihasilkan sebagai menghargai penganjur yang menjemput kami. Menjadi sejarah kerana buat pertama kali peniaga kuih bulan Melayu dijemput untuk memeriahka­n festival tersebut,” katanya sambil menambah, kek itu akan diserahkan malam tadi.

Bertemakan ‘ Perpaduan Dalam Kepelbagai­an’, festival itu diadakan setiap tahun oleh Persatuan Masyarakat Bahagian Kuching bersama Persatuan Komuniti Pasar Lama Kuching dengan tujuan memupuk perpaduan pelbagai kaum di negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia