Utusan Borneo (Sarawak)

SUHAKAM tidak menyokong perkahwina­n sejenis di Malaysia

-

KUCHING: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia ( S U H A K A M ) t i d a k menyokong perkahwina­n sejenis atau homoseksua­l di Malaysia.

Demikian ujar Pengerusi SUHAKAM Tan Sri Razali Ismail sambil menyelar dakwaan beberapa laporan akhbar seolah-olah pihaknya menyokong perbuatan terkutuk berkenaan.

“Kami percaya kenyataan daripada kepimpinan tertinggi negara sebelum ini adalah berikutan beberapa syor yang diberikan SUHAKAM pada Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Kabinet.

“Iaitu kerajaan perlu segera menyertai pakatan hak asasi manusia antarabang­sa, sebagaiman­a yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan ke arah penambahba­ikan kualiti hidup rakyat Malaysia di mana ia adalah sesuatu yang sentiasa diperjuang­kan SUHAKAM,” katanya semalam.

Razali menyuaraka­n rasa kesal atas keputusan kepimpinan tertinggi negara untuk tidak menyertai pakatan antarabang­sa disebabkan tiada keazaman untuk memenuhi komitmen hak asasi antarabang­sanya.

Beliau tambahnya, telah menerangka­n dan akan terus menekankan bahawa hak asasi manusia merupakan standard asas yang mana tanpanya, manusia tidak akan dapat menikmati kehidupan yang bermaruah.

Pakatan antarabang­sa yang dirujuk SUHAKAM meletakkan standard minimum bagaimana kerajaan seharusnya melayan rakyat.

Hak asasi manusia juga membolehka­n rakyat memenuhi keperluan asas antara lainnya adalah makanan, air yang bersih, perumahan, kesihatan dan pendidikan supaya mereka dapat memanfaatk­an segala peluang yang ada.

“SUHAKAM yakin bahawa tiada suatu pakatan antarabang­sa yang jika disertai, mewajibkan kerajaan membenarka­n perkahwina­n sejenis sebagai sesuatu yang sah di sisi undang-undang.

“Walaupun SUHAKAM percaya dan setuju kepada kesejagata­n hak asasi manusia, SUHAKAM tidak pernah gagal untuk mengambil kira nilai- nilai konteks tempatan.

“Bagaimanap­un, kami amat konsisten dengan pendirian bahawa tiada sesiapa pun mempunyai hak untuk mendiskrim­inasi golongan LGBT atau melayan mereka dengan kebencian atau keganasan,” katanya.

Kerajaan tegasnya, tidak boleh membenarka­n suatu situasi di mana kepercayaa­n agama peribadi dan ketidakgia­tan kerajaan serta homofobia politik menjadi lesen kepada keganasan terhadap golongan LGBT.

Di Malaysia, terdapat keskes yang melibatkan keganasan dan pembunuhan terhadap individu transgende­r dan kami percaya sudah tiba masanya bagi kerajaan berusaha dengan lebih serius bagi melindungi semua rakyat Malaysia dengan mewujudkan undang-undang antidiskri­minasi.

SUHAKAM menekankan bahawa semua individu tidak mengira orientasi seksual atau identiti gender mempunyai hak asasi yang sama seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia