Utusan Borneo (Sarawak)

MASwings dirayu tambah penerbanga­n ke Ba’Kelalan

Pesawat Twin Otter hanya bawa 14 penumpang, tidak mampu tampung pertambaha­n penumpang

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Setiap kali mahu menaiki pesawat dari Ba’Kelalan ke Lawas, penduduk kampung berkenaan terpaksa menunggu giliran untuk nama mereka dipanggil d a r i p a d a ‘ s e n a r a i menunggu’.

Ini kerana pesawat kecil Twin Otter milik MASwings hanya mampu membawa 14 penumpang pada setiap penerbanga­n dan tidak mampu menampung jumlah penumpang yang datang dan balik dari kawasan tanah tinggi terletak paling utara di Sarawak.

Justeru, penduduk dari kawasan tanah tinggi itu merayu kepada MASwings agar menambah penerbanga­n keluar masuk ke Ba’Kelalan dari Lawas dan Miri berikutan permintaan agak tinggi terutama pelancong datang ke daerah terpencil itu.

Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ba’Kelalan Tadam Arun berkata penduduk tempatan di sini terpaksa menunggu giliran mengikut ‘ senarai menunggu’ jika mahu menaiki penerbanga­n sama ada pergi atau keluar dari Ba’Kelalan.

Katanya, situasi ini turut melibatkan anak- anak bersekolah di luar kawasan Ba’Kelalan sehingga memaksa mereka memilih jalan darat dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, kebanyakan­nya pikap

Tadam Arun Pengerusi PBB Ba’Kelalan

dan menempuh perjalanan panjang memakan masa enam jam atau lebih semata-mata mahu balik ke kampung halaman masing-masing.

“Sehubungan itu, kami merayu kepada MASwing agar menambah penerbanga­n pergi balik ke Ba’Kelalan dan Lawas bagi menampung permintaan serta keperluan penduduk tempatan dan pelancong,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Tadam memberitah­u, dalam sehari MASwings h a n y a m e n y e d i a k a n dua penerbanga­n sahaja yang dapat membawa 14 penumpang dalam satu-satu penerbanga­n.

“Penerbanga­ninihanyap­ada Isnin,Rabu,KhamisdanS­abtu, ternyata tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk pergi balik dari Ba’Kelalan ke Lawas,” katanya sambil menambah, keadaan semakin sukar apabila terpaksa ‘bersaing’ dengan pelancong atau pengunjung bagi mendapatka­n tempat duduk dalam pesawat kecil itu.

“Amat menyedihka­n melihat penduduk kampung i ngin pergi ke l uar (Ba’Kelalan) yang menunggu nama mereka dipanggil dari senarai menunggu tiba- tiba dimaklumka­n bahawa tiada tempat lagi dalam pesawat kerana sudah penuh majoritiny­a diduduki pelawat.

“Ada kalanya penduduk kampung lebih memerlukan ‘tempat duduk’ kerana sebabsebab penting seperti temu duga bekerja atau mahu turun untuk bekerja, mesyuarat dan sebagainya tetapi gagal mendapat tempat duduk,” tambahnya.

Menurut Tadam, hal ini kerap berlaku kerana pelancong atau pengunjung datang ke Ba’Kelalan membeli dan menempah tiket penerbanga­n pergi balik sekali gus secara atas talian, sebaliknya penduduk kampung membeli secara terus di kaunter tiket di lapangan terbang kecil tersebut.

Katanya, situasi inilah yang meletakkan nama mereka sentiasa dalam ‘ senarai menunggu’ jika tiada kekosongan ketika itu. “Kami merayu kepada M A S w i n g s u n t u k penerbanga­n tambahan diadakan pada Selasa, Jumaat dan Ahad bagi menampung permintaan apatah lagi dengan Ba’Kelalan semakin popular sebagai destinasi pelanconga­n ketika ini,” jelasnya.

Kerancakan industri pelanconga­n khususnya di Ba’Kelalan yang menawarkan konsep pengembara­an, kebudayaan dan alam sekitar sesuatu amat baik namun perlu diseimbang­kan dengan tuntutan dan keperluan penduduk setempat.

Justeru, sudah tiba masanya MASwings dan wakil rakyat tempatan mengkaji semula penyelesai­an masalah ini di samping menambah jumlah penerbanga­n dari Lawas ke Ba’Kelalan dan sebaliknya.

 ??  ?? TUNGGU: Penduduk kampung terus menunggu nama mereka dipanggil untuk penerbanga­n di Lapangan Terbang Ba’Kelalan.
TUNGGU: Penduduk kampung terus menunggu nama mereka dipanggil untuk penerbanga­n di Lapangan Terbang Ba’Kelalan.
 ??  ?? BERAKSI: Seorang kanak-kanak terlibat dalam pertanding­an bercerita sempena Hari Potensi Peringkat Negeri Sarawak semalam.
BERAKSI: Seorang kanak-kanak terlibat dalam pertanding­an bercerita sempena Hari Potensi Peringkat Negeri Sarawak semalam.
 ??  ?? TIDAK CUKUP: Pesawat kecil Twin Otter MASwings yang mendarat di Lapangan Terbang Ba’Kelalan hanya mampu membawa 14 penumpang pada setiap penerbanga­n.
TIDAK CUKUP: Pesawat kecil Twin Otter MASwings yang mendarat di Lapangan Terbang Ba’Kelalan hanya mampu membawa 14 penumpang pada setiap penerbanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia