Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia ketuai perbincang­an tiga jenayah rentas sempadan

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan mengetuai perbincang­an tiga jenayah rentas sempadan utama iaitu penyeludup­an manusia, aktiviti pelanunan di laut dan pengubahan wang haram pada Mesyuarat Pegawai- Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan Mesyuarat- Mesyuarat Berkaitan (SOMTC) Ke-18.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata pada masa sama, Malaysia akan turut terlibat dalam perbincang­an tujuh lagi jenayah rentas sempadan iaitu keganasan, jenayah siber, penyeludup­an dadah, jenayah ekonomi antarabang­sa, penyeludup­an senjata api, penyeludup­an hidupan liar dan balak.

“Pada mesyuarat kali ini, Malaysia merupakan ‘voluntary Lead Shepherd’ (pengerusi sukarela) dalam bidang jenayah penyeludup­an manusia, aktiviti pelanunan di laut dan pengubahan wang haram. Bagaimanap­un, Malaysia juga akan menyertai perbincang­an dan memberi input bagi bidang- bidang lain bersama negara ASEAN dan rakan-rakan dialog yang lain.

“Kami berharap mesyuarat kali ini akan membantu mencari jalan untuk mengatasi jenayah rentas sempadan. Kami akan cuba sedaya upaya meminimumk­an masalah terbabit,” katanya pada sidang media selepas merasmikan SOMTC Ke-18 di sini semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Bertemakan ‘ Ensuring Security, Peace and Prosperity of ASEAN’ (Memastikan Keselamata­n, Keamanan dan Kemakmuran ASEAN) , SOMTC Ke-18 menjadi platform utama perbincang­an mengenai isuisu keselamata­n di peringkat rantau bermula semalam sehingga 28 September.

Mohd Azris berkata hasil SOMTC akan dibentangk­an kepada Mesyuarat MenteriMen­teri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) yang dijadualka­n di Myanmar pada penghujung bulan depan.

SOMTC Ke- 18 i ni dihadiri lebih 221 delegasi dari negara-negara ASEAN dan juga pegawai-pegawai dari 10 negara rakan dialog iaitu Australia, Kanada, China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia