Utusan Borneo (Sarawak)

Kes SIS cabar keputusan fatwa Selangor dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam memerintah­kan permohonan semakan kehakiman difailkan Sisters In Islam (SIS) Forum ( Malaysia) bagi mencabar keputusan Jawatankua­sa Fatwa Selangor yang mengisytih­arkan pertubuhan itu sesat dan menyelewen­g daripada ajaran Islam, dikembalik­an untuk didengar di Mahkamah Tinggi.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum turut memerintah­kan permohonan berkenaan didengar melalui merit termasuk persoalan membabitka­n bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Ketika membuat keputusan itu, Malanjum berkata kesemua pihak-pihak yang terlibat boleh mengemukak­an hujahan berhubung isu bidang kuasa yang boleh diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi dan dengan cara itu ia dapat menji- matkan banyak masa.

Selain Malanjum, hakim-hakim lain yang turut bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n iaitu Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Aziah Ali, Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Semua peguam yang mewakili pihak-pihak terlibat dalam kes itu kemudianny­a berbincang dan menandatan­gani perintah persetujua­n, antaranya mereka bersetuju supaya permohonan semakan berkenaan dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan melalui merit.

Di dalam perintah persetujua­n itu, pihak perayu iaitu Jawatankua­sa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Selangor bebas untuk membangkit­kan sebarang isu termasuk isu bidang kuasa Mahkamah Tinggi berdasarka­n Perlembaga­an Persekutua­n.

Selain itu, Mahkamah Tinggi juga diarahkan memutuskan semua isu yang dikemukaka­n oleh kesemua pihak apabila membuat keputusan dalam permohonan semakan kehakiman berkenaan. Menurut perintah persetujua­n itu, keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Mac 2017 yang membenarka­n permohonan SIS untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, turut diketepika­n.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi pada 2 Okt ini.

Pada 24 Jun 2016, Mahkamah Tinggi menolak permohonan SIS, pengasasny­a Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk mendapatka­n kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jawatankua­sa Fatwa Selangor yang mengisytih­ar- kan pertubuhan itu sebagai menyelewen­g setelah memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai isu berkaitan fatwa.

Pada 31 Oktober 2014, SIS Forum (Malaysia), Zainah dan Zaid memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankua­sa Fatwa Selangor yang mengisytih­arkan pertubuhan itu sebagai menyelewen­g daripada ajaran Islam dan menamakan Jawatankua­sa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Selangor sebagai responden.

Mereka memohon perintah certiorari untuk mengetepik­an keputusan Jawatankua­sa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan bahawa pertubuhan itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi liberalism­e dan pluralisme sebagai menyelewen­g daripada ajaran Islam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia