Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat didenda RM150,000 jual baja subsidi kerajaan tanpa lesen borong

-

MUAR: Sebuah syarikat didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam setelah didapati bersalah menjual baja subsidi kerajaan tanpa lesen borong yang sah, pada bulan Mac hingga Mei lepas.

Hakim Amran Jantan menjatuhka­n hukuman itu terhadap Syarikat Unigrow Agricultur­e Sdn Bhd setelah wakil syarikat tersebut mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menjual secara borong baja kimia itu kepada tiga syarikat tanpa lesen borong yang dikeluarka­n oleh Pengawal Bekalan Malaysia.

Mengikut tiga pertuduhan itu, syarikat tersebut menjual sebanyak 15,250 kilogram baja kimia secara borong kepada tiga syarikat lain di Lot 4477, Kampung Kebun, Bakri di sini antara 13 Mac hingga 7 Mei lepas.

Kes tersebut didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) akta sama dan boleh didenda tidak lebih daripada RM2 juta apabila disabitkan kesalahan.

Sementara itu di mahkamah sama, Amran turut menjatuhka­n hukuman denda RM80,000 terhadap seorang Pengarah syarikat Tan Yin Ken, 35, kerana membekal baja kimia kepada Syarikat Unigrow Agricultur­e Sdn Bhd yang tidak mempunyai lesen borong sah.

Sekiranya gagal membayar denda itu, mahkamah memerintah­kan Tan menjalani hukuman penjara sembilan bulan.

Tan didakwa sebagai pemegang lesen CSA borong telah membekalka­n baja kimia sebanyak 45,000kg kepada syarikat itu di alamat sama pada 4 Julai lepas.

Pengarah syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 22 (1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 1 juta atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Lydia Salleh, manakala syarikat itu dan Tan tidak diwakili peguam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN KES: Pegawai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memeriksa bahan kes selepas sebuah syarikat dan seorang pengarah sebuah syarikat lain didenda masing-masing RM150,000 dan RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Muar semalam.
— Gambar Bernama BAHAN KES: Pegawai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memeriksa bahan kes selepas sebuah syarikat dan seorang pengarah sebuah syarikat lain didenda masing-masing RM150,000 dan RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Muar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia