Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa bantu urus rumah pensundala­n

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan membantu menguruska­n rumah pensundala­n dan membenarka­n tiga wanita warga Vietnam tinggal di premis tersebut, dua minggu lepas.

Siew Fook Chong ,39, yang juga penjaga rumah tersebut membuat pengakuan itu selepas keduadua pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan pertama Siew didakwa telah membantu mengurus rumah pensundala­n.

Dia didakwa mengikut Seksyen 373(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa sebagai orang yang menduduki premis berkenaan didapati telah membenarka­n orang imigran haram iaitu tiga wanita warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20 tahun untuk tinggal dalam premis tersebut.

Bapa anak tiga itu didakwa mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/ 63 ( pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 55E ( 2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis.

Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM60,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua- duanya bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Desa Sri Hartamas di sini pada 11.30 malam 11 September lepas.

TimbalanPe­ndakwaRaya Kamarul Aris Kamaluddin tidak menawarkan jaminan bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Bagaimanap­un, Siew yang diwakili peguam Derren Kuan memohon mahkamah membenarka­n anak guamnya diberikan jaminan dengan alasan dia penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu lapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.

Mahkamah menetapkan 15 Oktober untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia