Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki menikam dan mengelar leher ibu ketika khayal di bawah pengaruh bau petrol

-

BALIK PULAU: Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis di Kampung Sungai Burung, di sini, kelmarin ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A. Anbalagan berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah kedai makan di Jalan Air Putih, di sini pada jam 8.45 pagi oleh sepasukan polis yang membuat risikan dan intipan ke atas suspek.

“Berdasarka­n siasatan awal, lelaki itu mengaku membunuh ibunya ketika sedang bertengkar dengan mangsa di rumah mereka awal pagi se- belum menikam leher warga emas itu dengan pisau seterusnya mengelar leher si mati.

“Kejadian itu berlaku di bahagian dapur rumah mereka dan suspek kemudianny­a terus menolak lubang kumbahan najis yang terdapat di belakang rumah sebelum membuang ibunya ke dalam kumbahan najis yang bertutup sedalam 1.5 meter,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati, suspek yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan khayal berikutan di bawah pengaruh bau petrol.

Anbalagan berkata, lelaki itu juga mengaku tiada penglibata­n orang lain dalam kejadian tersebut dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Balik Pulau hari ini untuk perintah tahanan reman.

“Berikutan penahanan lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kerana mencederak­an kakaknya itu, polis percaya dapat menyelesai­kan kes itu,” katanya.

Mayat mangsa ditemukan menantu lelakinya pada jam 2.30 petang semasa mencari ibu mentuanya di sekeliling kawasan rumah, selepas wanita berusia 63 tahun itu dikatakan hilang sejak 19 September lepas dan anggota keluargany­a membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 September.

Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluark­an mayat wanita itu yang sudah berulat dan hasil pemeriksaa­n awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya. — Bernama GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian pemandu kereta bertindak samseng dengan menendang cermin sisi sebuah kenderaan dan merampas telefon bimbit penumpang hadapan berhampira­n pusat beli-belah Queensbay dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. A Anbalagan berkata, lelaki berusia 30 tahun dan bekerja sebagai operator kilang di Bayan Lepas itu ditahan di Teluk Kumbar, dekat sini pada jam 12.15 tengah hari semalam.

“Dalam kejadian jam 6.50 petang semalam (kelmarin), mangsa bersama isteri dan dua anaknya menaiki kereta jenis Toyota Camry apabila tiba-tiba terdengar bunyi hon berulang kali dari arah belakang kereta dipandunya sebelum mendapati kereta itu berada di sebelah kirinya.

“Pemandu kereta jenis Proton Saga BLM itu membuka cermin tingkap kenderaann­ya dan memukul cermin sisi kereta mangsa sebelum dia memberhent­ikan kenderaan di hadapan (kereta mangsa) secara tiba-tiba. Kedua-dua mereka memberhent­ikan kereta masing-masing,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pemandu kereta itu keluar dari kenderaann­ya dan menendang cermin sisi kereta mangsa serta merampas telefon bimbit isteri lelaki tersebut.

“Wanita itu meminta semula telefon bimbitnya tetapi lelaki berkenaan (pemandu kereta) menarik rambut isteri mangsa sebelum orang ramai datang meleraikan­nya dan pemandu kereta terbabit menyerahka­n semula telefon berkenaan,” katanya. — Bernama

Kejadian itu berlaku di bahagian dapur rumah mereka dan suspek kemudianny­a terus menolak lubang kumbahan najis yang terdapat di belakang rumah sebelum membuang ibunya ke dalam kumbahan najis yang bertutup sedalam 1.5 meter. Supt A.A. Anbalagan Ketua Polis Daerah Barat Daya

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Norzaid (empat kanan) beramah mesra bersama sebahagian pengusaha bot galah yang memberikan perkhidmat­an bot penambang di sempadan Malaysia-Thailand hadir pada Program Kepolisan Komuniti Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Bersama Pengusaha Bot Galah Malaysia-Thailand di Jeti Markas Operasi Polis Marin Pengkalan Kubor dekat Tumpat, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Norzaid (empat kanan) beramah mesra bersama sebahagian pengusaha bot galah yang memberikan perkhidmat­an bot penambang di sempadan Malaysia-Thailand hadir pada Program Kepolisan Komuniti Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Bersama Pengusaha Bot Galah Malaysia-Thailand di Jeti Markas Operasi Polis Marin Pengkalan Kubor dekat Tumpat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia