Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pemegang taraf PR didenda RM120,000 lindungi PATI

-

TELUK INTAN: Dua warganegar­a Indonesia yang merupakan pemegang taraf penduduk tetap (PR) didenda keseluruha­n RM120,000 oleh Mahkamah Khas pendatang asing tanpa izin (PATI) di sini semalam, kerana kesalahan melindungi 12 PATI.

Dulpai Anamah, 55, mengaku bersalah membenar masuk enam PATI ke premis rumah kedai satu tingkat yang disewanya di Taman Sentosa, Sitiawan pada jam 1.50 pagi, 13 September lalu, manakala rakannya Rasmat Basir, 63 turut didakwa membenarka­n masuk enam PATI warga Indonesia ke premis sewanya di rumah kedai yang sama, pada waktu dan tarikh yang sama.

Hakim Norita Mohd Ardani kemudianny­a menjatuhka­n hukuman denda masingmasi­ng RM60,000 terhadap Dulpai dan Rasmat atau kedua-keduanya dipenjara enam bulan sekira gagal membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, keduadua tertuduh yang bekerja sebagai kontraktor buruh binaan ditahan dalam ‘Ops Mega’ yang dilakukan sepasukan Pegawai Imigresen di premis rumah kedai itu setelah masing- masing didapati melindungi 12 PATI yang tidak memiliki suatu pas yang sah dan telah menyalahgu­nakan Pas Lawatan Kerja Sementara.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 56( 1)( bb) akta sama yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM50,000 bagi setiap seorang yang dilindungi atau penjara tidak kurang enam bulan atau tidak lebih lima tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Daeng Juremy Daeng Abu Zaaba, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, ketika prosiding berlangsun­g, Daeng Juremy dalam hujahnya berkata walaupun kedua- dua tertuduh mengaku bersalah, beliau memohon mahkamah melaksanak­an hukuman yang berat kerana mereka secara tidak langsung memberi dorongan kepada PATI untuk terus berada di negara ini tanpa mempedulik­an undangunda­ng negara.

“Tertuduh yang juga seorang berstatus PR harus lebih peka dan memahami undang-undang negara ini tetapi di sini jelas mereka dilihat tidak mengendahk­an undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Dalam mahkamah yang sama juga, seorang wanita warganegar­a Kemboja Lina Nhoel, 26, yang telah disenaraih­itamkan dari memasuki negara ini dihukum penjara enam bulan setelah didapati bersalah atas dua pertuduhan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia