Utusan Borneo (Sarawak)

Hati-hati penipuan sebagai pewaris harta dari luar negara

-

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatk­an agar tidak mudah mempercaya­i sebarang e- mel menyatakan mereka sebagai pewaris harta kepada seseorang yang tidak dikenali.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan semalam, berkata e-mel itu mungkin melibatkan sindiket penipuan yang sedang mencari mangsanya.

Kenyataan itu menyebut antara modus operandi dikenal pasti digunakan sindiket tersebut adalah dengan memaklumka­n bahawa mangsa dikesan sebagai pewaris untuk menerima harta pusaka peninggala­n seseorang yang sudah meninggal dunia.

“Harta tersebut biasanya berada di luar negara. Beberapa dokumen sokongan daripada jabatan kerajaan tertentu, badan kehakiman, mahkamah, Bank Negara Malaysia dan sebagainya disertakan untuk meyakinkan mangsa.

“Mangsa sama ada rakyat Malaysia sendiri atau yang berada di luar negara konon- nya datuk atau moyang mereka pernah sewaktu ketika dulu berada di Malaysia dan merupakan hartawan yang tidak mempunyai waris selepas kematianny­a,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, PDRM berkata dalam kes sedemikian, suspek akan mengenakan bayaran untuk menguruska­n perpin- dahan wang tersebut kepada mangsa.

“Mangsa berasa tertipu apabila mendapati harta dijanjikan tidak diperoleh dan individu yang berperanan sebagai orang tengah menghilang­kan diri,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, PDRM menasihatk­an orang ramai supaya mengabaika­n e-mel atau mesej yang memaklumka­n perkara berkenaan.

“Jangan sesekali memindahka­n wang kepada sesiapa yang tidak dikenali melalui Internet dan segera melaporkan kepada PDRM jika anda menjadi mangsa sindiket seumpama itu,” menurut kenyataan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia