Utusan Borneo (Sarawak)

Metanol 30 peratus hingga 50 kali lebih tinggi punca keracunan arak

-

KUALA LANGAT: Kerajaan akan memperkena­lkan syarat- syarat baharu bagi permohonan lesen permit import ( AP) sisa plastik termasuk mengenakan levi sebanyak RM15 bagi setiap tan barangan berkenaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata antara syarat baharu lain adalah syarikat pengimport mestilah mempunyai kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar selain perlu mengemukak­an maklumat sumber sisa plastik dibeli.

Tambah beliau lagi, syarikat yang mahu memohon AP berkenaan juga perlu mendapat kelulusan daripada pihak Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Permohonan AP untuk mengimport sisa plastik ini telah kita bekukan buat masa ini dan hanya akan dibuka semula pada 23 Oktober depan dan bagi syarikat yang mahu memohon, mereka perlu patuh terhadap peraturanp­eraturan baharu ini.

“...pengenalan levi turut akan dikenakan pada tarikh yang sama, di mana sebelum ini sebarang pengimport­an sisa plastik tidak dikenakan sebarang levi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat berkaitan isu aduan kilang memproses sisa plastik tidak berlesen di sini semalam.

Tambah Zuraida, menurut rekod kementeria­nnya, sebanyak 234 permohonan untuk AP berkenaan telah diterima dan hanya 114 syarikat yang aktif dan daripada jumlah itu, hanya 51 syarikat mempunyai kelulusan daripada MIDA.

Sementara itu mengulas mengenai isu kilang memproses sisa plastik, Zuraida berkata, terdapat 54 kilang seumpamany­a di daerah berkenaan dan hanya 13 kilang yang mempunyai lesen operasi yang sah.

“Kilang-kilang yang tidak mempunyai lesen ini akan diarahkan tutup dan satu mesyuarat akan dijalankan pada minggu depan bersama pemilik kilang tidak berlesen ini untuk mencari jalan terbaik bagaimana untuk melupuskan sisa-sisa plastik yang ada di kilang itu,” katanya.

Katanya lagi, pada masa akan datang pihaknya juga akan mengarahka­n kilangkila­ng memproses sisa plastik yang berlesen untuk dipindahka­n ke kawasan perindustr­ian berat kerana kilang sedemikian tidak sesuai untuk beroperasi di kawasan yang berhampira­n dengan kawasan kediaman.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan penduduk di Kuala Langat terutamany­a di Telok Panglima Garang terdedah dengan risiko pelbagai jenis penyakit termasuk kanser apabila daerah itu dijadikan tempat longgokan plastik kitar semula dari serata dunia. — Bernama MELAKA: Kandungan metanol antara 30 hingga 50 kali lebih tinggi daripada jumlah dibenarkan adalah punca kematian 33 warga asing akibat kes keracunan arak minggu lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata, kandungan metanol yang tinggi dipercayai terjadi akibat kegagalan dalam pemprosesa­n pembuatan arak yang sepatutnya menghasilk­an etanol iaitu sejenis sebatian alkohol.

Setakat ini, 87 kes keracunan arak dilaporkan di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutua­n, Perak dan Negeri Sembilan.

“Kita berharap penjualan dua arak itu yang dikenal pasti mengandung­i racun disita dan tidak dijual di pasaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Dunia Perubatan Senaman (WCEM) di sini, semalam, yang turut dihadiri Penaung WCEM Raja Datuk Seri Yong Sofia Sultan Azlan Shah dan Pengerusi WCEM Prof Datuk Seri Jessy Lai.

Sementara itu, Dr Lee berkata, satu pertiga daripada populasi orang dewasa di negara ini adalah penghidap darah tinggi dan kencing manis, sementara 50 pera- tus daripada orang dewasa mengalami obesiti atau berat badan berlebihan.

Justeru, rakyat Malaysia disaran menjadikan senaman sebagai aktiviti dalam kehidupan harian bagi mengawal dan mencegah penyakit tidak berjangkit seperti hi- pertensi dan diabetes selain mengelak obesiti.

“Penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat negara ini menunjukka­n peningkata­n dan ia akan menjadi beban kesihatan untuk negara sekiranya tiada langkah awal dilakukan untuk mencegah atau merawat ianya berlaku,” katnya.

Bagaimanap­un, amalan senaman berkenaan perlu mendapat nasihat atau rujukan daripada pakar senaman dan fisioterap­i kerana setiap individu mempunyai tahap atau kekuatan untuk bersenam yang berbeza.

Beliau juga berkata, amalan pemakanan yang sihat termasuk mengambil buahbuahan dan sayur-sayuran yang mencukupi juga perlu diberi penekanan kerana ia turut memberi kesan terhadap kesihatan individu.

“Elakkan daripada makan di luar pada lewat malan dan kurangkan pengambila­n makanan berkarbohi­drat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Lee (kanan) mencuba salah satu mesin senaman yang dipamerkan pada Persidanga­n Dunia Perubatan Senaman (WCEM) 2018 dekat Melaka, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Lee (kanan) mencuba salah satu mesin senaman yang dipamerkan pada Persidanga­n Dunia Perubatan Senaman (WCEM) 2018 dekat Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia